Hua Hin, Thailand kini semakin mendapat perhatian daripada pelancong disebabkan oleh pemandangan yang menakjubkan. Bandar tersebut menjanjikan suasana seolah-olah pengunjung berada di 4 buah bandar yang terkenal dengan pemandangan indah iaitu di Maghribi, Itali, Santorini dan Switzerland.

Seorang pengguna Facebook, saudari Siti Raudhah yang berkesempatan untuk bercuti di Hua Hin bersama rakan-rakan telah berkongsi itinerari perjalanan mereka selama 3 hari 2 malam dengan bajet hanya ±RM600.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
45030017_2394621110552361_2762726640726310912_n
Mercado de plearnwan

Saudari Siti Raudhah dan rakan-rakan bertolak ke Hua Hin menggunakan penerbangan AirAsia yang mana tiket perjalanan pergi dan pulang cuma RM275. Untuk pengetahuan, setakat ini hanya AirAsia sahaja yang menawarkan penerbangan secara langsung ke Hua Hin dengan kekerapan 4 kali seminggu, selaras dengan misi syarikat penerbangan tersebut yang komited untuk memperkenalkan lebih banyak lokasi pelancongan terbaik di Asia.

Perjalanan 4 sekawan ini di Hua Hin bermula dengan memilih untuk menyewa kereta bagi memudahkan perjalanan. Lokasi pertama yang dikunjungi ialah di Mercado De Plearnwan yang merupakan sebuah tapak niaga yang menawarkan barangan kraftangan, taman hiburan mini dan beberapa lokasi yang menarik untuk bergambar.

Mereka juga berkesempatan untuk berkunjung ke ‘mini Itali’ iaitu Venezia Hua Hin. Tidak lengkap jika berkunjung ke Itali tapi tidak menaiki gondola, bukan? Pengunjung akan dikenakan yuran masuk dan pakej menaiki gondola sebanyak RM31 seorang.

45219395_2394620923885713_6883888739244834816_n
Venezia Hua Hin

45017839_2394620733885732_3690332215364812800_n

Hari kedua perjalanan mereka diisi dengan kunjungan ke Santorini Park yang mempunyai pemandangan yang mengujakan bagi setiap pengunjung. Pengunjung akan dikenakan bayaran masuk ke sini atau boleh menempak tiket menerusi kemudahan atas talian untuk lebih penjimatan wang dan masa beratur.

45201160_2394620340552438_4071033542342082560_n
santorini park

44990464_2394620453885760_5458304607400755200_n

Mereka kemudian menuju ke Swiss Sheep Farm yang mempunyai pemandangan seakan-akan di Switzerland dan menjanjikan pemandangan yang menarik untuk mengambil gambar.

44956556_2394621630552309_773207715164979200_n

Sekiranya anda berminat untuk berkunjung ke Hua Hin, bolehlah rujuk itinerari penuh perjalanan 3 hari 2 malam yang disediakan oleh saudari Siti Raudhah dan rakan-rakan. Ditambah pula, dengan tiket ke Hua Hin yang kerap ditawarkan secara promosi ini, mungkin ini boleh jadi destinasi pilihan anda selepas ini.