Huawei buat julung kalinya menganjurkan pertandingan fotografi khas untuk para pengguna Huawei. Pertandingan ini juga telah memcatat rekod apabila menjadikan AI (kecerdasan buatan) untuk mengadili pertandingan ‘Spark A RenAIssance Photo Challenge’ ini .

Ia sememangnya unik lain daripada yang lain kerana ia akan dihakimi oleh teknologi AI pembuatan mereka sendiri yang telah diggunakan pada telefon pintar mereka iaitu model P20 dan P20 Pro. Setiap gambar yang dihantar akan dinilai dan diberikan markah berdasarkan nilai artistiknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hua 1

Hua 2

Hua 3

Terdapat lima kategori iaitu iNew RenAIssance, After Dark, Deep in Detail, Moment in Time dan Wide-Eyed World. Pemenang akan memenangi hadiah menarik Huawei P20 Pro, kursus Leica Masterclass di Florence dan pakej percutian mengelilingi Eropah.

Walaubagaimanapun, pertandingan ini dibuka untuk pengguna Huawei di Eropah sahaja. Nampaknya iPhone Photography Award sudah ada pesaingnya.