Beberapa minggu yang lalu, Samsung telah memperkenalkan rekaan terbaru mereka iaitu telefon pintar Samsung yang mempunyai skrin Infinity Flex di mana skrin telefon tersebut boleh dilipat.

Kini, Huawei pula bakal mengikut trend yang sama dalam melancarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat beserta rangkaian 5G di acara MWC yang akan berlangsung pada Februari tahun hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Huawei-Foldable-Phone
Rekaan awal model terbaru Huawei

Rekaan terbaru model Huawei ini mempunyai skrin bersaiz 8-inci di dalam mod tablet dan 5-inci apabila dilipat. Jika dibandingkan dengan skrin Infinity Flex yang hanya mempunyai 7.3-inci dalam mod tablet dan 4.58-inci apabila dilipat, model terbaru Huawei ini nampaknya jelas lebih besar.

Model ini telahpun diperlihatkan oleh Huawei manakala Korea Selatan bakal menjadi negara pertama yang bakal menggunakan model terbaru Huawei ini berdasarkan penawaran rangkaian 5G yang telahpun tersedia.