Buat anda yang mengikuti perkembangan teknologi pastinya anda cukup tahu dengan syarikat Huawei yang cukup gemar dalam mengeluarkan inovasi serta eksperimen terbaru yang berjaya menarik perhatian ramai.

Jika sebelum ini syarikat ini berjaya menghasilkan kerjasama bersama Leica serta memperkenalkan smartphone dengan pengenalan tiga kamera pada bahagian belakang, kini Huawei dalam usaha untuk mengeluarkan sebuah smartphone boleh lipat.

Rekaan smartphone boleh lipat yang pernah menjadi trend suatu ketika dahulu

Membawakan ciri retro pada model terbaru ini, Huawei mengatakan model terbaru ini bakal diperkenalkan seawal 2019 sebelum Samsung yang turut mempunyai pelan yang sama melancarnya.

Difahamkan penawaran smartphone boleh lipat ini dibuat setelah Huawei mampu menawarkan smartphone dengan penggunaan paparan OLED fleksibel.

Walaubagaimanapun, berdasarkan sumber awal model terbaru ini bakal ditawarkan dengan harga yang tinggi dimana model premium bakal ditawarkan dengan harga mencecah RM8,000. Adakah telefon boleh lipat bakal menjadi trend semula?