Sebuah berita yang mengejutkan buat industri telefon pintar serta peminat jenama Huawei pada hari ini. Siapa sangka perang dingin antara Amerika Syarikat dan China melibatkan Huawei telah membuatkan jenama ini menjadi mangsa seterusnya dihalang daripada menerima akses daripada Google.

Situasi yang sebelum ini dijangka menjadi semakin pulih nampaknya semakin keruh melalui dakwaan yang dilemparkan terhadap Huawei dan China oleh Donald Trump.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak hanya dihalang menerima akses daripada Google, Huawei baru-baru ini nampaknya turut disekat daripada menerima bekalan cip sehinggakan pengeluar cip Kirin terpaksa dihentikan.

105995199-1561815754057rts2k40l
Pertemuan Donald Trump dengan presiden China, Xi Jinping pada tahun lalu. Sumber: CNBC

Terbaharu, penganalisa pasaran iaitu Ming-Chi Kuo menjangkakan Huawei mungkin keluar daripada pasaran telefon pintar berikutan sekatan yang dikenakan. Hal ini turut berkait dengan kegagalan Huawei untuk menggunakan cip pemprosesan Kirin pada model terbaharu mereka.

Ketiadaan Huawei dalam pasaran secara tidak langsung turut membuka peluang buat jenama-jenama seperti Apple, Oppo, Vivo dan Xiaomi menguasai 30% pasaran Huawei di China.

black-white-mr

Kerugian yang ditimpa bukan sahaja ditanggung Huawei, malah Google juga dijangka akan rugi berikutan jumlah peminat dan pengguna Huawei yang tinggi. Pastinya sebuah kerugian buat peminat telefon pintar juga yang sebelum ini berpeluang menikmati inovasi canggih yang dihasilkan jenama Huawei.

Berdasarkan laporan tahun lalu, Google dijangka rugi sebanyak RM1.78 bilion selepas menghalang Huawei menggunakan servis daripada Google. Dalam pada itu, Google pada Februari lalu masih berharap dapat bekerjasama dengan Huawei.

Google Dijangka Rugi RM1.78 Bilion Selepas Menghalang Huawei Menggunakan Android

Google Masih Berminat Untuk Bekerjasama Dengan Huawei

 

Sumber