Sejak Huawei disekat daripada menggunakan servis daripada Android dan Google, sistem operasi yang bakal digunakan Huawei antara yang menjadi tanda tanya buat warganet. Hal ini kerana sejumlah besar telefon pintar Huawei menggunakan Android daripada Rom EMUI.

Terbaru, menurut HuaweiCentral, Huawei telahpun mempunyai sistem operasi mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Hongmeng. Kenyataan ini dikuatkan setelah CEO Huawei, Richard Yu pada Mac lalu yang mengumumkan syarikat mereka sudah mempunyai sistem operasi sebagai persediaan sekiranya mereka disekat Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan anda, projek sistem operasi Huawei ini sudah dibangunkan sejak 2012. Setakat ini masih belum diketahui sama ada nama Hongmeng bakal digunakan sebagai nama rasmi sistem operasi Huawei atau sekadar nama bagi projek yang dibangunkan.

Walaubagaimanapun, telah disahkan Huawei nampaknya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan sebelum pengumuman daripada Donald Trump yang membuatkan mereka disekat.