Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat trend di kalangan jenama pengeluar telefon pintar yang aktif mengeluarkan earphone TWS. Hampir kesemuanya berusaha dalam membantu pengguna menyesuaikan dengan ekosistem mereka.

HUAWEI juga tidak terkecuali. Malah, HUAWEI dilihat antara jenama terawal menawarkannya menerusi siri Freebuds Pro. Terbaharu, selepas dua tahun tanpa pengeluaran model terbaru, HUAWEI pada kali ini kembali lagi menerusi model kedua daripada siri FreeBuds Pro iaitu HUAWEI FreeBuds Pro 2.

Menariknya mengenai model ini, HUAWEI berjaya menawarkan rekaan serta spesifikasi serba baharu buat model terbaru mereka serta memfokuskan kepada kualiti bunyi. Kami juga tidak terkecuali dalam mengetahui lebih lanjut apa yang ditawarkan pada model ini. Berikut merupakan review penuh kami mengenai model ini.

Rekaan

Kami mulakan review kami dari segi rekaan. HUAWEI FreeBuds Pro 2 hadir dengan beberapa pilihan warna terdiri daripada Silver Blue, Silver Frost dan Ceramic White.

Kami memilih Silver Blue memandangkan warna ini dilihat unik serta menjadi warna utama pada model terbaru HUAWEI ini. Model ini dilihat menggabungkan beberapa jenis material jenis matte mahupun kilat beserta beberapa kemasan warna hitam pada bahagian mikrofon.

Pada pendapat kami, cubaan HUAWEI untuk tampil unik menerusi warna ini dilihat berjaya. Malah, mereka yang memakainya juga bakal tampil berbeza memandangkan hampir kesemua TWS di pasaran hadir dengan warna putih.

Berdasarkan percubaan, kami dapati model ini sangat selesa untuk digunakan. Malah kami turut mencuba model ini dalam tempoh yang panjang dan apa yang dapat kami rumuskan, model ini selesa untuk digunakan dalam masa yang lama.

Pada bahagian hadapan model ini turut disertakan kolaborasi dua jenama pada model ini iaitu HUAWEI dan Devialet sekaligus membuatkan model ini tampil lebih premium. Saiz earbuds juga tidak terlalu kecil dan terlalu besar membuatkan penggunaan model ini sangat selesa.

Walau bagaimanapun, model Silver Blue mungkin bukan pilihan sekiranya anda tidak selesa dengan earbuds yang kilat dan mudah melekat cap jari. Pemilihan warna lain antara yang disyorkan.

Kualiti audio

HUAWEI FreeBuds Pro 2

Tidak sah rasanya sekiranya tidak membincangkan soal kualiti audio model TWS. HUAWEI pada kali ini dilihat turut berkolaborasi dengan jenama Devialet sebagai usaha untuk menawarkan kualiti audio yang lebih mantap buat para pengguna.

Kali pertama menyarungkan HUAWEI FreeBuds Pro 2, kami sangat teruja dengan mudahnya model ini untuk dihubungkan manakala fungsi active noise-cancelling (ANC) diaktifkan sekaligus.

Para pengguna dapat merasai secara terus bunyi luar berjaya ditapis dengan baik dalam membantu pengguna mendengar audio yang dipasang dengan baik. Kami juga turut mencuba untuk bercakap sambil menggunakan model ini dan kami dapati suara percakapan kami sendiri kurang didengari menandakan model ini berjaya menapis suara dengan baik.

Walau bagaimanapun, para pengguna turut diberi pilihan dalam menyesuaikan atau menutup fungsi ANC menerusi aplikasi HUAWEI AI Life yang tersedia buat pengguna Android, iOS dan HUAWEI App Store.

Mengulas mengenai audio sewaktu mendengar lagu atau audio, HUAWEI FreeBuds Pro 2 berjaya menawarkan sokongan bass dan trebel yang kuat dan jelas. Kami berpendapat audio jelas ini berpunca daripada penawaran dua speaker berserta sokongan Pure Voice yang disertakan.

Sekiranya anda seorang pengguna tegar TWS dalam tempoh yang panjang, kami nasihatkan untuk sering mengecas HUAWEI FreeBuds Pro 2 atau membawa powerbank bersama kerana model ini mampu bertahan dalam tempoh sekitar 18 jam apabila fungsi ANC diaktifkan dan 30 jam apabila fungsi ANC tidak diaktifkan.

Pada kami yang tidak menggunakan sesebuah TWS dalam tempoh yang terlalu panjang, penawaran bateri yang ditawarkan sudah cukup baik.

Adakah HUAWEI FreeBuds Pro 2 pilihan yang berbaloi?

HUAWEI FreeBuds Pro 2

Menerusi lambakan earphone TWS di pasaran, tidak dinafikan HUAWEI FreeBuds Pro 2 perlu bersaing dengan pelbagai model. Dalam pada itu, berdasarkan fungsi serta rekaan yang ditampilkan, jelas model ini bersaing dengan model-model profesional yang turut hadir dengan harga yang premium.

HUAWEI FreeBuds Pro 2 sedia buat pasaran Malaysia bermula hari ini pada harga RM899. Menariknya, khusus buat pembeli terawal bermula 25 Ogos sehingga 11 September 2022, HUAWEI sedia menawarkan beberapa hadiah menarik buat para pengguna terdiri daripada HUAWEI FreeBuds Pro 2 protective case, langganan 3 bulan percuma untuk HUAWEI Music Premium dan baucar RM100 untuk penggnua MY HUAWEI App.

Tawaran yang ditawarkan sekaligus membuatkan model ini tampil lebih berbaloi berbanding pesaing melihatkan kepada jumlah hadiah yang disertakan. Tidak kurang juga kualiti audio serta rekaan penuh gaya yang disertakan.

Kualiti audio serta fungsi
Ketahanan bateri
Active Noise Cancelling (ANC)
Harga
Rekaan & kemasan
PURATA
4.6/5.0

Sekiranya anda mahukan sebuah TWS penuh gaya, unik serta mampu menawarkan kualiti audio yang baik sama ada untuk mendengar muzik mahupun sewaktu bercakap, HUAWEI FreeBuds Pro 2 merupakan pilihan yang berbaloi.

Sokongan ANC yang ditawarkan sangat mantap dan membantu pengguna dalam pelbagai situasi. Para pengguna berpeluang mendapatkan HUAWEI FreeBuds Pro 2 beserta tawaran hadiah menarik dengan klik di sini.

Ikuti juga review penuh kami mengenai dua lagi model yang dilancarkan HUAWEI baru-baru ini iaitu HUAWEI MatePad Pro 11 dan HUAWEI MateBook D16.

Nipis Dan Ringan, HUAWEI MatePad Pro 11 Tawarkan Saingan Hebat Dalam Pasaran Tablet

Dilengkapi Skrin Besar Dan Ringan, HUAWEI MateBook D16 Jadi Pilihan Golongan Bekerja