Mulai aktif dengan menghasilkan telefon pintar, HUAWEI nampaknya terus melebarkan sayap mereka dengan memperkenalkan pelbagai aksesori buat pencinta gadget merangkumi komputer riba, tablet, earphone dan sebagainya.

Terbaharu, HUAWEI sekali lagi tampil dengan produk terbaharu mereka iaitu FreeBuds Pro. Tidak hanya mahu menawarkan produk ala kadar, fon kepala yang dinamakan sebagai HUAWEI FreeBuds Pro ini turut hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif.

Sistem pembatalan hingar aktif

pc

Menerusi teknologi yang ditawarkan, bunyi-bunyi luar bakal ditapis membolehkan anda dapat mendengar audio yang dipasang dengan jelas tanpa sebarang gangguan.

Para pengguna juga berpeluang memilih untuk mengaktifkan sistem active noise cancellation (ANC) yang ditawarkan dengan mudah hanya dengan swipe fon telinga dalam membenarkan bunyi luar dapat didengari secara serentak bersama audio yang dipasang. Fungsi yang dinamakan sebagai smart control ini membolehkan anda mengawal fungsi terus melalui FreeBuds Pro sahaja.

Oh ya, khas buat pengguna Huawei, anda pasti suka dengan fungsi Quick Switch di mana HUAWEI FreeBuds Pro akan aktif pada peranti yang anda gunakan pada ketika ini dengan pantas. Dalam erti kata lain, anda tak perlu aktifkan setiap kali anda menggunakan peranti HUAWEI.

Rekaan

IMG20200919120311

Dalam mendapatkan sebuah fon telinga, meskipun teknologi serta spesifikasi diutamakan sudah pastinya rekaan yang menarik antara yang membuatkan para pengguna terpukau.

HUAWEI nampaknya turut menitikberatkan perkara yang sama pada FreeBuds Pro dimana model ini turut dilengkapi dengan rekaan yang bergaya menerusi penggunaan material yang berkualiti tinggi.

Harga

Screen Shot 2020-12-06 at 7.49.43 PM

Mengulas dari segi harga, model ini berjaya menawarkan apa yang dimahukan buat mereka yang mahukan yang terbaik setiap kali mendengar audio. Dilengkapi dengan rekaan yang kemas, premium dan praktikal, HUAWEI FreeBuds Pro sedia ditawarkan pada harga RM699.

Sekiranya anda sedang mencari fon telinga yang serba lengkap serta bebas daripada wayar, HUAWEI FreeBuds Pro antara pilihan terbaik yang boleh anda dapatkan melalui Huawei Malaysia.

Ketahui juga tiga sebab utama untuk anda beralih ke HUAWEI MateBook 14 yang serba lengkap ini.

3 Sebab Untuk Anda Beralih Ke HUAWEI MateBook 14 Yang Serba Lengkap

HUAWEI MateBook 14 Dibuka Untuk Tempahan Awal Mulai 26 Oktober Ini