Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mulai aktif dengan menghasilkan telefon pintar, HUAWEI nampaknya terus melebarkan sayap mereka dengan memperkenalkan pelbagai aksesori buat pencinta gadget merangkumi komputer riba, tablet, earphone dan sebagainya.

Terbaharu, HUAWEI sekali lagi cuba menghasilkan produk terbaru iaitu fon kepala. Tidak hanya mahu menawarkan produk ala kadar, fon kepala yang dinamakan sebagai HUAWEI FreeBuds Studio ini turut hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Sistem pembatalan hingar aktif

202010230122132280

Menerusi teknologi yang ditawarkan, bunyi-bunyi luar bakal ditapis membolehkan anda dapat mendengar audio yang dipasang dengan jelas tanpa sebarang gangguan.

Para pengguna juga berpeluang memilih untuk mengaktifkan sistem ANC yang ditawarkan dengan mudah menerusi butang yang tersedia pada fon kepala dalam membenarkan bunyi luar dapat didengari secara serentak bersama audio yang dipasang.

Rekaan

huaweifreebudsstudio-e1603398704722

Dalam mendapatkan sebuah fon kepala, meskipun teknologi serta spesifikasi diutamakan sudah pastinya rekaan yang menarik antara yang membuatkan para pengguna terpukau.

HUAWEI nampaknya turut menitikberatkan perkara yang sama pada FreeBuds Studio dimana model ini turut dilengkapi dengan rekaan yang bergaya menerusi penggunaan material yang berkualiti tinggi.

Penyertaan logam serta saiz speaker yang besar pada angkup telinga pastinya membuatkan para pengguna selesa untuk menggunakan FreeBuds Studio sepanjang hari. Selain itu, model ini turut boleh dilaraskan 90 darjah dalam membolehkan HUAWEI FreeBuds Studio dapat disimpan dengan mudah di dalam beg.

Dilengkapi dengan sokongan bateri sehingga 24 jam

Huawei-Freebuds-Studio-A

Pasti leceh bukan sekiranya anda perlu kerap mengecas fon telinga setiap kali mahu mendengarkan audio? Kini tidak lagi dengan HUAWEI FreeBuds Studio.

Menawarkan pengecasan pantas pada bateri berkapasiti 410mAh, anda berpeluang mengecas model ini 0-50% dalam jangka masa 10 minit sahaja. Menarik bukan?

Bukan itu sahaja, salah satu ciri utama yang membuatkan orang ramai memilih model ini sudah pastinya disebabkan penawaran bateri untuk 24 jam penggunaan. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu risau mengenai kehabisan bateri HUAWEI FreeBuds Studio sewaktu mendengarnya dalam tempoh yang panjang.

Harga

122082223_2809641959292766_1701430023623397393_o

Mengulas dari segi harga, model ini berjaya menawarkan apa yang dimahukan buat mereka yang mahukan yang terbaik setiap kali mendengar audio. Dilengkapi dengan rekaan yang kemas, premium dan praktikal serta sokongan bateri sehingga 24 jam, HUAWEI FreeBuds Studio bakal ditawarkan pada harga RM1,199.

Penjualan pada HUAWEI FreeBuds Studio bakal mula ditawarkan Huawei Malaysia bermula 30 Oktober ini. Sekiranya anda sedang mencari fon kepala yang serba lengkap serta bebas daripada wayar, HUAWEI FreeBuds antara pilihan terbaik yang boleh anda dapatkan.

Ketahui juga tiga sebab utama untuk anda beralih ke HUAWEI MateBook 14 yang serba lengkap ini.

3 Sebab Untuk Anda Beralih Ke HUAWEI MateBook 14 Yang Serba Lengkap

HUAWEI MateBook 14 Dibuka Untuk Tempahan Awal Mulai 26 Oktober Ini

Anda Mungkin Suka