Huawei sememangnya terkenal dengan kualiti kameranya yang hebat. Telefon pintar flagship Huawei iaitu P20 Pro setakat ini boleh dikatakan antara telefon pintar yang mempunyai kamera yang baik.

Dalam pada itu, insiden terbaru yang terjadi pada Huawei baru-baru ini mungkin membuatkan orang ramai sedikit sebanyak hilang kepercayaan terhadap telefon pintar keluaran mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=2Kf7g2XEWwI

Melalui kempen iklan Huawei Nova 3 bagi Negara Mesir baru-baru ini, Huawei nampaknya seolah cuba menipu pengguna dimana gambar swafoto yang sepatutnya diambil menggunakan Huawei Nova 3 diambil menggunakan DSLR.

Lebih parah, salah seorang daripada krew Huawei telah memuatnaik ‘kerja’ dibalik tabir mereka sekaligus menjejas kredibiliti Huawei.

Screen Shot 2018-08-24 at 2.48.18 PM

screen2-800×449

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali syarikat telefon pintar menggunakan DSLR untuk mendapatkan gambar atau video berkualiti tinggi di dalam kempen telefon pintar. Sebelum ini Nokia juga turut melakukan perkara yang sama.

Sumber