Tak kiralah pasangan yang dah berkahwin atau masih lagi baru menjalinkan hubungan percintaan, peluang bila dapat keluar temu janji bersama adalah saat yang terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan dengan si dia.

Bagi yang dah lama bersama, tak mustahil ada yang dah kehabisan idea untuk buat si dia happy. Masih tercari-cari idea baru untuk mengembirakan si dia saat keluar bersama? Jangan risau sebab kami ada beberapa cadangan aktiviti best yang anda boleh cuba waktu temu janji akan datang!

1. Aktiviti bouldering dengan si dia

brooklyn-boulders-facebook

Pasti bosan jika setiap kali dating asyik nak ajak candle light dinner sahaja? Apa kata kali ni anda buat kelainan sikit untuk cuba aktiviti bouldering pulak. Kalau anda nak tahu, bouldering ni adalah salah satu aktiviti riadah seakan-akan sama dengan aktiviti rock climbing. Apa yang membezakannya ialah bouldering tidak menggunakan tali.

Di Malaysia, terdapat beberapa tempat bouldering yang anda boleh cuba seperti Bump Bouldering dan Camp 5. Kami yakin aktiviti lasak seperti ini sangat best dan pada masa yang sama anda boleh mengenali pasangan dari sudut berbeza. Apa yang pasti, badan pun sihat!

2. Berkhemah

2083de110518c15650684231775bd595

Sibuk dengan kerja dan letih dengan komitmen harian antarapunca hubungan dengan pasangan semakin renggang. Sebaiknya, anda rehatkan minda seketika dari kesibukan di bandar dan cuba nikmati keindahan alam semula jadi.

Ya, pergi berkhemah bersama pasangan dah tentu berikan pengalaman yang berbeza. Anda bayangkanlah bermula dari memasang khemah hinggalah masak bersama-sama. Sweet sangat! Eh, jangan lupa untuk rancang percutian dengan baik dan bawa alatan serta pakaian yang mencukupi.

Tapi kalau anda atau pasangan jenis yang tak suka aktiviti mencabar, boleh juga cuba glamping di mana anda dan pasangan boleh berehat dalam khemah yang selesa dilengkapi dengan tilam, penghawa dingin atau kipas serta ada kemudahan untuk mandi.

3. Ajak rakan-rakan sertai double date

istockphoto-1163457853-170667a

Kadang-kadang bila asyik dating berdua pun boleh jadi bosan sampai tak tahu nak berbual apa. So, tak salah kalau temu janji akan datang anda ajak kawan baik anda dan pasangan mereka untuk double date.

Ada banyak aktiviti berkumpulan yang anda boleh lakukan bersama. Contohnya, buat potluck atau berkelah dekat tasik. Kami yakin double date ni boleh jadi pengalaman manis yang lebih luar biasa untuk anda dan pasangan sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim bersama rakan-rakan.

Jangan lupa bawa gajet sebagai pelengkap temu janji

Kalau anda nak tahu, HUAWEI baru-baru ini ada melancarkan beberapa gajet inovatif yang mampu menjadikan temu janji anda bersama pasangan lebih seronok dan bermakna.

Sebagai contoh, jam pintar HUAWEI GT 2 membolehkan anda dan pasangan memantau tahap kecergasan dan kesihatan ketika melakukan aktiviti sukan atau lasak. Dengan adanya jam pintar HUAWEI GT 2 ni siap ditemani si dia yang tersayang, pasti anda bersama pasangan akan lebih semangat untuk bersukan!

HUAWEI_Watch-GT2_Creative-still_5_JPG_20190807

Bukan setakat jam pintar sahaja, HUAWEI juga ada telefon pintar terbaru yang membolehkan anda dan pasangan mengambil gambar kenangan dengan kualiti terbaik walaupun dalam keadaan gelap.

Ya, kemunculan peranti HUAWEI nova 7i yang dilengkapi teknologi Super Low Light Selfie pasti membuat gambar romantis bersama si dia dapat dirakam dengan sempurna.

Group-shot

Pendek kata kalau ada telefon pintar nova 7i, anda tak perlu susah hati pasal gambar tak cantik atau terlalu gelap. Peranti HUAWEI nova 7i ni juga dilengkapi fungsi Pro Mode yang menjanjikan gambar yang diambil confirm cantik dan boleh dikongsi terus bersama rakan-rakan di Instagram. Tak perlu nak edit lagi!

Lepas dah ambil gambar banyak-banyak anda pasti nak simpan dan tengok semula gambar tu kan? Sebab tu jangan lupa bawa HUAWEI MateBook D 15 yang mempunyai fungsi Multiscreen Collaboration dan ia membolehkan anda menonton video dan melihat gambar di skrin yang besar, bersaiz 15.6 inci.

Feb-14-2020-11-28-15

MateBook D 15 ni juga sangat sesuai untuk anda tengok filem bersama yang tersayang sebab ia amat ringan iaitu seberat 1.53 kg sahaja. Senang cakap MateBook D 15 ni boleh dibawa kemana saja.

HUAWEI janjikan temu janji lebih romantis

Apa pun tak kiralah macam mana anda dan pasangan bertemu janji, sama ada makan malam di restoran mewah atau dinner berbumbungkan bintang-bintang di langit, kami yakin temu janji anda akan jadi lebih indah dan manis dengan adanya cinta dan sayang juga kesetiaan anda bersama HUAWEI.

Sempena meraikan Hari Kekasih 2020, HUAWEI bukan saja buka tempahan awal untuk telefon pintar nova 7i, tapi ada banyak lagi produk baharu yang mula berada di pasaran hari ini! Ini antara produk HUAWEI yang anda wajib rebut:

  • HUAWEI nova 5T Crush Green – RM1,399
  • HUAWEI MateBook D 15 (8GB+256GB) RM2,299
  • HUAWEI Y7P RM699
  • HUAWEI FreeBuds 3 Red RM679
  • HUAWEI WatchGT2 42mm Rose Gold RM89

BM-nova7i-installment-plan

Paling best, HUAWEI juga menawarkan pakej yang sesuai untuk anda dan pasangan. Pakej ini membolehkan anda pilih peranti mengikut keperluan serta minat yang berbeza seperti pakej Kecergasan Pintar, Peneman Bercuti, Matlamat Belajar & Pintar Belajar.

Anda wajib langgan Pelan Ansuran Pakej Together 2020 HUAWEI SMART LIFE ni sebab HUAWEI menawarkan 0% faedah dan 0% yuran pemprosesan sehingga 12 bulan serendah RM4.87 sehari*!

Kejutkan si dia dengan percutian romantis ke Maldives!

Screen-Shot-2020-02-11-at-2.12.44-PM

Jangan lupa rebut peluang untuk MENANG 3 pasang baucar percutian ke Maldives bernilai sehingga RM36,000! Cara nak menang pun mudah sahaja. Anda kena beli mana-mana produk HUAWEI terpilih bermula 10 Februari hingga 16 Februari 2020. Kemudian scan QR Code, jawab satu soalan mudah dan lengkapkan butiran diri beserta resit pembelian. Pemenang akan diumumkan pada 14 Mac 2020 di Facebook HUAWEI!

Screen-Shot-2020-02-14-at-3.36.24-PM

Apa pun, inilah masa terbaik untuk anda buat tempahan awal HUAWEI nova 7i sebab anda boleh dapat hadiah HUAWEI Band 4 secara PERCUMA. Confirm si dia lagi gembira dan cair dengan anda tau!

Anda boleh buat tempahan awal untuk HUAWEI nova 7i ini melalui HUAWEI Online Store atau mana-mana kedai flagship rasmi HUAWEI. Tawaran untuk pelan ansuran HUAWEI nova 7i pula hanya akan bermula pada 22 Februari 2020 nanti.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang HUAWEI atau kunjungi Facebook HUAWEI.

Sempena hari ‘Valentine’, Huawei P30 Pro nampaknya telah ditawarkan dengan harga serendah RM2.14 sahaja. Ketahui juga hadiah terbaik buat pasangan anda sempena hari kekasih ini.

Sempena Hari ‘Valentine’, Huawei P30 Pro Sedia Dijual Dengan Harga RM2.14

Masih Mencari Hadiah Istimewa Untuk Si Dia? HUAWEI nova 7i Sememangnya Patut Menjadi Pilihan