Setelah sekian lama Huawei siri P40 hadir dengan pelbagai ura-ura bagi model terbaru mereka, nampaknya segala teka-teki telah terjawab dimana jenama ini telah melancarkan tiga model baharu iaitu Huawei P40, P40 Pro dan P40 Pro Plus.

Siri-P ini memfokuskan kepada fotografi serta turut memberi penekanan dari segi prestasi. Model yang hangat dibincangkan sudah pastinya Huawei P40 Pro Plus yang hadir dengan lima kamera pada bahagian belakang. Berikut merupakan spesifikasi bagi tiga model Huawei siri P40.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Huawei-P40-evan-blass-1020×1024

Huawei P40 hadir dengan skrin 6.1-inci beserta rekaan melengkung tepi pada semua sisi. Huawei P40 Pro dan P40 Plus pula dilengkapi dengan skrin 6.58-inci dan 6.7-inci.

Kesemua model yang dikeluarkan Huawei pada kali ini hadir dengan processor Kirin 990 beserta sokongan rangkaian 5G. Dari segi kamera hadapan, masing-masing hadir dengan kamera bersensor 32-megapixel.

Perkara utama yang membezakan ketiga-tiga model ini sudah pastinya kamera belakang selain daripada saiz skrin. Huawei P40 hadir dengan tiga kamera dimana sensor utama 50-megapixel digabungkan dengan kamera 8-megapixel telefoto serta lensa kamera sudut ultra wide 16-megapixel. Turut disertakan bersama adalah sensor warna suhu.

Meet-the-Huawei-P40-Pro-series-biggest-camera-sensor-longest-zoom-fastest-charging
Huawei P40 Pro

Huawei P40 Pro pula hadir dengan sensor utama 50-megapixel, ultra-lebar 40-megapixel, 12-megapixel telefoto, sensor suhu dan ToF. Selain itu, Huawei P40 Pro turut menyokong rakaman video 4K pada kadar 60fps.

Screenshot 2020-03-27 at 1.13.58 AM
Huawei P40 Pro Plus

Huawei P40 Pro Plus dilihat sebagai model terbaik daripada Huawei pada siri ini. Selain binaannya yang lebih premium serta saiz skrin yang lebih besar, Huawei P40 Pro Plus hadir dengan sokongan kamera seakan P40 Pro namun menyertakan sokongan zoom optikal sehingga 10 kali ganda berbanding sokongan zoom sebanyak 5 kali ganda pada versi Pro.

Ketiga-tiga model keluaran Huawei pada kali ini disahkan menggunakan Huawei Mobile Services serta AppGallery. Dalam erti kata lain, model-model keluaran pada kali ini tidak akan hadir dengan servis Google Play secara terbina. Selain itu, Huawei turut menyertakan fungsi voice assistant yang dinamakan sebagai Celia.

151591-phones-feature-p40-pro-plus-cameras-image1-m8e6dnsqzd

Setakat ini masih belum diketahui tarikh pelancaran rasmi siri P40 di Malaysia begitu juga harga yang bakal ditawarkan. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak Huawei Malaysia.

Bersempena dengan ulang tahun ke-8 Lazada pada 27 Mac ini, Huawei Malaysia sedia menawarkan model Mate 20 dengan harga serendah RM88 sahaja.

Huawei Mate 20 Ditawarkan Serendah RM88 Sempena Ulang Tahun Ke-8 Lazada

Huawei Mate XS, Telefon Pintar Boleh Lipat 5G Bakal Ditawarkan Dengan Harga RM11,111