Mula dengan menjadi antara jenama terawal menawarkan telefon pintar dengan rangkaian internet 5G di Malaysia, Huawei nampaknya sedia meneruskan momentum mereka dengan melancarkan pula tablet terbaru yang turut disokong dengan rangkaian 5G.

Model yang dimaksudkan adalah Huawei MatePad Pro 5G. Tidak sekadar menawarkan rangkaian internet terbaru, model tablet flagship ini turut dilengkapi dengan spesifikasi yang canggih dan berbaloi khusus buat mereka yang sedang mencari tablet berprestasi tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
AndroidPIT-huawei-matepad-2020-02
Sumber: Android Pit

Dari segi spesifikasi, model ini dilengkapi dengan skrin 10.8-inci, processor Kirin 990, RAM 8GB dan ruang storan 256GB. Bukan itu sahaja, model ini turut disertakan dengan kamera 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Sokongan audio yang disertakan pula adalah daripada Harman Kardon. Menarik bukan?

Huawei MatePad Pro 5G sedia ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,299 bermula 26 Jun 2020 ini. Para pembeli bukan sahaja menerima tablet terbaru malah turut menawarkan Huawei Video selama tiga bulan, Huawei Cloud 50GB untuk 12 bulan serta M-Pencil secara percuma.

matepadpro5g-950×535

https://www.youtube.com/watch?v=zWfPFB5klMI

Buat anda yang mahukan tablet berkuasa tingi tanpa rangkaian internet 5G, Huawei MatePad Pro antara yang boleh dimiliki dengan harga serendah RM2,399 sahaja.

P/S: Huawei AppGallery Carnival kembali dari 19 Jun hingga 30 Jun. Untuk peluang menang hadiah lucky draw seperti Proton X70 dan 500 unit skuter elektrik, klik di sini.

Ketahui lima sebab mengapa Huawei MatePad Pro berbaloi untuk dimiliki. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. 

Mudah Dan Pantas, Ini 5 Sebab Huawei MatePad Pro Berbaloi Untuk Dimiliki

Vocket Review: Kami Sahut Cabaran Calarkan Huawei P40 Pro+ Dan Rendam Peranti Ini Selama 20 Minit

7 Sebab Anda Tidak Boleh Tolak Siri HUAWEI nova 7, Telefon Pintar 5G Mampu Milik Dengan Harga RM 1,499