Jika semalam Donald Trump telah mengumumkan untuk menarik balik sekatan Huawei di Amerika Syarikat, lain ceritanya dengan di Malaysia apabila pihak Huawei mengumumkan bakal perkenalkan promosi diskaun sehingga 50% bermula bulan hadapan.

Promosi yang bakal berlangsung ini bermula daripada 1 Julai sehingga 8 Julai 2019. Setakat ini masih belum diketahui model telefon pintar yang bakal Huawei Malaysia tawarkan walau bagaimanapun disahkan promosi terbesar yang bakal ditawarkan hadir dengan diskaun 50%.

unnamed

Sebelum ini, terdapat kedai di Malaysia yang menjanjikan pulangan wang dikembalikan 100% untuk model terbaru Huawei sekiranya jenama ini hilang akses kepada Google Play Store. Nampaknya semakin banyak insentif yang ditawarkan untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap model ini.