Sejak mulai disekat pada Mei lalu, Huawei nampaknya mengalami kesukaran untuk mengakses servis daripada Google menerusi model-model terbaru mereka. Sekatan ini turut memberi kesan untuk Huawei menawarkan telefon pintar mereka di Amerika Syarikat.

Berdasarkan sekatan yang dikenakan, Huawei nampaknya tidak menunggu lama untuk membangunkan sistem operasi mereka sendiri serta Huawei Mobile Services bagi menawarkan pengalaman penggunaan yang releven buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
345209
Huawei Mate 30 Pro antara model yang tidak didatangkan dengan servis daripada Google

Walau bagaimanapun, di sebalik sekatan yang berlarutan berikutan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, Huawei dilaporkan masih menyimpan hasrat dan berminat untuk menggunakan servis daripada Google sekiranya tidak ada sekatan daripada Amerika Syarikat.

Seperti yang ramai sedia maklum, penggunaan servis daripada Google ini secara tidak langsung pastinya memberi keyakinan buat orang ramai untuk mendapatkan model terbaru daripada Huawei ditambah pula dengan kehadiran siri Huawei P40 Mac ini.

45d04e5229f5c82d33decd5f0105a395
Sumber: Pinterest

Setakat ini, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan model terbaru daripada Huawei seperti Huawei Mate 30 Pro atau menantikan siri P40 daripada Huawei, anda masih berpeluang mendapatkan servis daripada Google dengan memuat turunnya secara manual.

Kami kongsikan kepada rekaan dan info berkaitan Huawei P40 yang dijadualkan bakal dilancarkan pada Mac ini.

Huawei P40 Mungkin Dijual Dengan Harga Yang Lebih Rendah Berbanding P30

Rekaan Huawei P40 Pro Sekali Lagi Tertiris

Sumber