Sejak Huawei bekerjasama bersama jenama kamera terkenal iaitu Leica smartphone keluaran jenama ini sering menjadi perhatian ramai berikutan penawaran spesikasi yang hebat baik serta teknologi kameranya.

Untuk pengetahuan anda, dua siri yang hadir dengan teknologi Leica adalah P-series dan Mate-series. Pada kali ini, kami telah mencuba smartphone flagship terbaru daripada Huawei iaitu Mate 10 untuk mengetahui sejauh manakah smartphone ini berjaya menawarkan saingan disebalik kehadiran pelbagai smartphone flagship sejak akhir-akhir ini.

Rekabentuk

IMG_20171122_142445

Seperti model flagship keluaran Huawei sebelum ini, Mate 10 diperkemaskan dengan penggunaan material kaca di bahagian belakang. Memegang Mate 10 terasa agak berat dan kemas sepertimana yang anda boleh jangkakan daripada smartphone premium.

Placement kamera pada bahagian belakang juga pada boleh dikatakan agak unik pada pendapat saya dimana dwi-lens Mate 10 diapit dengan flash yang diletakkan dibahagian kiri manakala laser autofocus dibahagian kanan.

Spesifikasi

Sumber: Notebook reviews

Model ini dikuasakan dengan processor Kirin 970 serta RAM 4 GB. Saiz skrin yagn disertakan pada Mate 10 adalah 5.9-inci. Dalam pada itu, skrin ini tidak kelihatan terlalu besar untuk diguna berdasarkan penyertaan bingkai yang nipis dibahagian atas dan bawah.

Huawei Mate 10 berjaya menjadi model pertama yang dikuasakan melalui teknologi artificial intelligence (AI). Melalui teknologi ini, Mate 10 mampu memahami tabiat pengguna. Teknologi ini turut disertakan pada bahagian kamera bagi menawarkan imej yang lebih baik.

Sepanjang penggunaan saya menggunakan Huawei Mate 10, boleh dikatakan model ini berjaya memberikan prestasi yang baik. Penukaran aplikasi sangat lancar begitu juga dengan prestasi ketika bermain game. Ruang storan 64 GB yang disertakan pada model ini pada saya sudah cukup untuk kegunaan biasa.

Bateri

CGdFzDU2kQMWNKKepQP3rU-650-80

Menyoal dari segi bateri Huawei Mate 10 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Perkara yang membuatkan saya teruja mengenai Mate 10 bukanlah pada kapasiti baterinya sebaliknya standby time smartphone ini yang sangat baik.

Anda tidak akan mengalami sebarang masalah melibatkan battery drain sepertimana model-model smartphone Android yang lain. Pengguna turut ditawarkan pengecas SuperCharge yang membolehkan anda mengecas Huawei Mate 10 daripada 0% ke 58% hanya dalam 30 minit. Pantas bukan?

Kamera

Mate-10-4

Tidak sah rasanya sekiranya tidak membincangkan kamera Huawei Mate 10 yang menjadi tarikan utama pada smartphone ini. Jujur saya katakan, teknologi Leica yang digandingkan pada smartphone keluaran Huawei bukanlah sekadar gimik dan ianya semakin bagus pada setiap model keluaran Huawei.

Bokeh pada model ini diperkemaskan lagi berbanding model sebelumnya begitu juga dengan dynamic range yang ditawarkan pada model ini. Berikut merupakan sampel gambar tanpa sebarang edit yang diambil menggunakan Huawei Mate 10.

kamera hadapan Huawei Mate 10

Kesimpulan

huawei mate 10

Disebalik pelancaran beberapa model smartphone daripada pelbagai jenama pada tahun ini, Huawei Mate 10 masih mampu memberi saingan yang hebat sebagai smartphone flagship daripada jenama ini.

Model ini mungkin kurang mendapat perhatian berbanding model Huawei Mate 10 Pro namun dari segi keseluruhan model ini ternyata sudah cukup baik untuk digunakan berdasarkan harga penawaran yang sedikit rendah.

Sepanjang pengalaman menggunakan pelbagai smartphone pada tahun 2017, saya meletakkan Huawei Mate 10 sebagai most underrated smartphone of the year. Pengguna berpeluang mendapat skrin besar dan QHD, kamera yang baik, material yang premium serta harga yang berpatutan. Tahniah Huawei kerana berjaya membuatkan kami teruja dengan smartphone flagship terbaru anda.

Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan Huawei Mate 10 dengan diskaun sehingga 14% khusus di Lazada.