Mula diperkenalkan sebagai telefon pintar flagship oleh Huawei menerusi siri Mate bersama Mate 20 Pro, telefon pintar ini nampaknya telah menerima harga promosi tidak masuk akal daripada Huawei Malaysia.

Huawei Mate 20 yang mula ditawarkan di pasaran pada harga RM2,799, nampaknya kini ditawarkan dengan harga serendah RM88 sempena ulang tahun ke-8 Lazada. Menarik bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi promosi yang dilakukan Huawei pada kali ini, bukan sahaja Mate 20 yang ditawarkan malah seleksi barangan daripada jenama ini turut ditawarkan dengan harga promosi mengikut waktu-waktu yang ditetapkan.

huawei-lazada-promo-amanz-Store-Decoration-Banner-Crazy-Brand-Mega-Offer-1200-X-480-Add-to-cart-950×380

huawei-lazada-promo-amanz-Store-Decoration-Banner-Crazy-Brand-Mega-Offer-02-1200-X-480-Add-to-cart-950×380 (1)

huawei-lazada-promo-amanz-Store-Decoration-Banner-Flash-Deals-All-RM88-1200-X-480-add-to-cart-950×380 (1)

Untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan barangan Huawei ini dengan harga promosi, anda boleh segera mendapatkannya tepat jam 12 malam ini iaitu pada tarikh 27 Mac 2020 manakala promosi Huawei Mate 20 dengan harga RM88 bakal ditawarkan pada jam 2 petang. Selain itu, Huawei Gentle Monster dan Matebook 13 turut ditawarkan dengan harga yang sama.

Berdasarkan model yang ditawarkan, jelas promosi yang ditawarkan pada kali ini sangat berbaloi untuk direbutkan apatah lagi dengan harganya yang sangat rendah. Anda boleh klik di sini untuk ke laman rasmi Lazada Huawei Malaysia bagi mendapatkan barangan yang diinginkan dengan harga promosi.

Ketahui juga lima sebab utama Huawei nova 7i sering menjadi rebutan ramai. Turut dikongsikan, telefon paling inovasi daripada Huawei iaitu Mate XS.

5 Sebab Utama HUAWEI nova 7i Sering Menjadi Rebutan Ramai

Huawei Mate XS, Telefon Pintar Boleh Lipat 5G Bakal Ditawarkan Dengan Harga RM11,111

Sempena Hari ‘Valentine’, Huawei P30 Pro Sedia Dijual Dengan Harga RM2.14

Sumber