Tahun 2018 sememangnya tahun yang sangat kompetitif buat telefon pintar. Setiap jenama berjaya mempamerkan inovasi terbaru dalam menawarkan yang terbaik buat para pengguna.

Jika sebelum ini, dominasi telefon pintar terbaik lebih kerap dipegang oleh Apple dan Samsung, Huawei pada tahun 2018 berjaya memecah dominasi dengan menawarkan telefon pintar terbaik melalui model Huawei Mate 20 Pro menurut pakar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
AndroidPIT-huawei-mate-20-pro-front
Sumber: Android Pit

Pemilihan Huawei Mate 20 Pro sebagai telefon pintar terbaik selepas model ini bejaya menawarkan prestasi yang baik dari segi bateri, kamera serta pengimbas muka yang baik.

Untuk pengetahuan, pemilihan ini dibuat oleh beberapa pakar terdiri daripada Canalys, IHS Markit, IDC serta beberapa laman web seperti Tech Radar, PCMag dan Engadget.

huawei-mate-20-pro-13
Sumber: Android Central

Kemenangan Huawei Mate 20 Pro sekaligus berjaya mengalahkan beberapa model lain yang tersenerai seperti Google Pixel 3, Apple iPhone XS Max, Samsung Galaxy Note 9 dan OnePlus 6T.

Berita baik buat anda yang mahu mendapatkan Huawei Mate 20 Pro, model ini baru sahaja menerima penurunan harga sebanyak RM600 dimana model ini sedia didapatkan dengan harga RM2,999 sahaja. Mungkin ini masanya untuk anda dapatkan telefon pintar terbaik 2018 dengan harga berbaloi. Klik disini untuk mendapatkannya.