Masuk sahaja bulan September, anda akan lihat pelbagai jenama memperkenalkan telefon pintar flagship mereka. Salah satunya adalah Huawei yang bakal memperkenalkan Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro yang dijadualkan pada 19 September ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi model terbaru ini, Huawei dijangkakan bakal menawarkan spesifikasi serta kualiti kamera yang lebih hebat buat para pengguna berbanding model sebelumnya. Dua lensa 40-megapixel antara yang bakal disertakan pada model flagship terbaru Hawei ini. Berikut kami kongsikan rekaan Huawei Mate 30 yang tertiris tempoh hari.

huawei-mate-30-leak-camera-1500×1000
Sumber: Digital Trends

Disebalik penawaran spesifikasi yang mantap, Huawei nampaknya bakal berdepan dengan masalah melibatkan penggunaan sistem operasi Android dimana Amerika Syarikat telah melanjutkan tempoh dagangan mereka bersama syarikat ini. Berdasarkan tindakan yang dikenakan, kemungkinan kita akan dapat lihat Huawei bakal menggunakan sistem operasi mereka sendiri iaitu Harmony OS.

Walau bagaimanapun, sama-sama kita nantikan sehingga 19 September ini untuk melihat apa lagi kejutan yang bakal dibawakan Huawei pada model flagship terbaru mereka.

Berminat dengan telefon pintar Huawei? Berikut kami kongsikan beberapa pautan mengenai jenama ini. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Dilengkapi 5 AI Kamera & Warna Penuh Gaya, HUAWEI nova 5T Smartphone Wajib Dimiliki

Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok

Huawei Mate 30 Pro Mungkin Tidak Dibenarkan Menggunakan Android