Setiap tahun, Huawei pastinya tidak lekang dalam membuatkan orang ramai teruja dengan teknologi kamera yang ditawarkan pada telefon pintar flagship mereka.

Jika pada model Huawei P30 Pro, Huawei berjaya menyertakan sokongan ToF untuk membolehkan pengguna zoom sehingga 50x, pada kali ini menerusi Huawei Mate 30 Pro, model ini mungkin dilengkapi dengan dua kamera dengan sensor 40-megapixel.

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Mate-20-Pro

Menerusi sumber daripada Ice Universe, Huawei Mate 30 Pro bakal dilengkapi dengan empat kamera semuanya. Meskipun Ice Universe tidak mengumumkan modelnya, ramai berpendapat ianya bakal hadir pada model terbaru Huawei ini.

Melihat kepada usaha Huawei pada bahagian kamera, tidak mustahil model ini bakal menjadi model dengan kamera terbaik mengalahkan Huawei P30 Pro. Untuk pengetahuan, model ini bakal menggunakan sistem operasi Android serta bakal turut menerima kemaskini terbaru.

Anda Mungkin Suka