Seperti sudah dijangka sejak sebelum pelancaran, takhta kamera terbaik telefon yang sebelum ini dipegang oleh Samsung Galaxy Note10+ telah dirampas oleh Huawei Mate 30 Pro. Kejayaan ini berjaya disahkan oleh DxoMark selaku badan yang menguji kualiti telefon pintar dari aspek kamera belakang, hadapan serta kualiti video.

Melalui keputusan yang diperoleh Huawei Mate 30 Pro berjaya menerima 131 markah bagi kualiti gambar kamera belakang, 100 markah bagi kualiti video dan 93 markah bagi kualiti kamera hadapan sekaligus membuatkan model ini mengumpul markah terkumpul sebanyak 121 markah. 

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

190926-huawei-mate-30-pro-dxomark-score-1

Sebagai perbandingan, Huawei Mate 30 Pro berjaya memperoleh markah tertinggi pada bahagian kamera belakang. Walau bagaimanapun, Samsung Galaxy Note 10+  tampil sebagai penawaran telefon pintar dengan kamera hadapan terbaik setakat ini.  Berikut merupakan pebandingan yang dibuat oleh DxOMark.

Screen Shot 2019-09-27 at 12.08.28 PM

Melihat kepada jumlah markah yang diterima, pastinya markah ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada pengguna mengenai telefon pintar manakah yang wajar dipilih khusus buat mereka yang kerap mengambil gambar menggunakan telefon pintar.

Untuk pengetahuan, tiga model terbaru iPhone keluaran tahun ini masih belum diuji DxOMark sekaligus tidak disenaraikan dalam carta DxOMark setakat ini.

Kami kongsikan kepada spesifikasi lanjut dan review bagi Huawei Mate 30 Pro dan Samsung Galaxy Note10. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Huawei Mate 30 Pro Dilancarkan Dengan Empat Kamera Belakang

5 Penambahbaikan S Pen Samsung Note10 Yang Jadikannya Lebih Gempak Berbanding Sebelum Ini

Vocket Review: Samsung Galaxy Note10 Memang Padu

Sumber