Baru sahaja memperkenalkan Huawei Mate 20 Pro, nampaknya ura-ura mengenai model terbaru daripada siri Huawei Mate telahpun keluar melalui model Huawei Mate 30.

Berdasarkan sumber daripada DigitalCameraWorld, difahamkan model Huawei Mate 30 Pro dijangka hadir dengan lima kamera. Menariknya, penyertaaan lima kamera ini bakal dimulakan oleh Nokia 9 PureView sekaligus memperlihatkan trend terbaru telefon pintar pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

huawei-mate-30-pro (1)

huawei-mate-30-pro-camera
Sumber: Letsgo Digital

Sekiranya benar, maka tidak syak lagi Huawei sememangnya mahu terus komited dalam menawarkan telefon pintar dengan penawaran kamera yang terbaik. Untuk pengetahuan anda, kini Huawei Mate 20 Pro berjaya menjadi telefon pintar dengan kamera terbaik diikuti dengan Huawei P20 Pro. Agak menarik untuk menyaksikan apa lagi teknologi yang bakal ditawarkan Huawei pada model terbaru mereka ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.