Hadir dengan pelbagai ura-ura sebelum ini, akhirnya Huawei telah melancarkan secara rasmi dua model flagship terbaru mereka iaitu Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro. Kedua-dua model ini dilengkapi dengan spesifikasi terbaik dan tertinggi yang pernah ditawarkan Huawei sebelum ini.

Dari segi rekaan, Huawei Mate 30 hadir dengan skrin 6.61-inci OLED manakala Huawei Mate 30 Pro dilengkapi dengan skrin 6.53-inci Flex OLED dengan rekaan Horizon Display. Kedua-duanya hadir dengan takuk yang kecil pada bahagian atas skrin. Sistem imbasan wajah 3D untuk pengimbas muka dan pengimbas cap jari turut disertakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2019-09-20 at 3.31.39 PM
Sumber: CNET

Mengulas dari segi spesifikasi, kedua-dua model ini dilengkapi dengan processor terbaru daripada Huawei iaitu Kirin 990, 8GB RAM, ruang storan 256GB beserta bateri dengan kapasiti 4,500mAh. Menariknya, kedua-dua model ini disokong dengan teknologi pengecasan pantas 40W manakala pengecasan tanpa wayar pula menyokong sehingga 27W.

Tidak sah sekiranya membincangkan telefon pintar flagship Huawei tanpa mengulas mengenai soal kamera. Huawei Mate 30 Pro dilengkapi dengan empat kamera belakang yang terdiri dua lensa 40-megapixel, 8-megapixel dan 3D megapixel. Lensa sudut lebar,ultra lebar dan telephoto antara yang disertakan. Kamera hadapan pula dilengkapi dengan sensor 24-megapixel. Berbeza dengan Huawei Mate 30, model ini tidak dilengkapi dengan 3D-megapixel.

02-Mate-30-Pro_Halo

Disebalik kecanggihan teknologi yang ditawarkan, Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro ini masih lagi tidak ditawarkan dengan servis aplikasi daripada Google. Dalam erti kata lain, kedua-dua model ini tidak dapat mengakses YouTube, Gmail dan Google Play Store. Walau bagaimanapun, kedua-dua model ini masih lagi disokong oleh Android 10 dengan ROM EMUI.

Screen Shot 2019-09-20 at 3.32.03 PM

Kedua-dua model ini hadir dengan beberapa warna menarik iaitu Emerald Green, Space Siler, Cosmic Purple dan hitam. Harga jualan yang diumumkan pihak Huawei di Munich adalah €799 (RM3,695.22) dan €1,099 (RM5,082.66). Berdasarkan paras harganya, dapat dilihat telefon pintar Huawei sudah mula ditawarkan dengan harga yang lebih premium berbanding sebelum ini.

Selain Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro, Huawei baru-baru ini turut memperkenalkan Huawei Nova 5T. Ketahui lebih lanjut mengenai model ini dengan klik pautan dibawah.

Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok

Dilengkapi 5 AI Kamera & Warna Penuh Gaya, HUAWEI nova 5T Smartphone Wajib Dimiliki

Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok