Berbaki tiga bulan sebelum pelancaran rasmi, mungkin agak awal untuk menyaksikan rekaan penuh Huawei Mate 30 Pro yang bakal dilancarkan. Pada kali ini, Huawei sekali lagi dilihat komited dalam memastikan takhta kamera terhebat telefon pintar terus menjadi milik jenama ini.

Menerusi ura-ura terbaru, model terbaru Huawei yang bakal dilancarkan pada bulan Oktober ini dijangka bakal dilengkapi dengan kualiti kamera yang lebih baik. Dalam erti kata lain, Huawei Mate 30 Pro ini mungkin disertakan lebih daripada tiga kamera belakang dalam menawarkan lebih banyak fungsi buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
huawei-mate-30-pro-lab-leak-1-part-2
Sumber: Huawei Central
huawei-cases
Sumber: Huawei Central

Ura-ura ini dikuatkan lagi dengan gambar daripada sebuah pengeluar case bagi Huawei Mate 30 Pro yang menunjukkan bahagian belakang model yang bakal dilancarkan Huawei ini.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 30 dijangka bakal disertakan dengan processor Kirin 985, sokongan 5G beserta skrin AMOLED. Seperti juga Huawei P30 Pro, model terbaru ini bakal turut disertakan dengan teknologi 50 kali zoom digital serta 5 kali zoom digital.

Sama-sama kita nantikan sehingga Oktober ini sementara menantikan pelancaran Huawei Mate 30 Pro beserta perkongsian lanjut daripada Huawei mengenai HongMeng OS yang dilaporkan lebih pantas daripada Android.