Setelah beberapa tahun teknologi skrin yang boleh dilipat diusahakan, akhirnya 2019 menjadi saksi dimana para pengeluar telefon pintar tersohor iaitu Samsung dan Huawei mula mengeluarkan model dengan teknologi terbaru ini melalui model Galaxy Fold dan Mate X.

Antara yang menjadi tumpuan ramai pada acara MWC 2019 baru-baru ini sudah pastinya Huawei Mate X. Menariknya, model ini menawarkan skrin yang boleh dilipat keluar serta boleh digabungkan dua skrinnya menjadi satu agar tampil dengan paparan lebih besar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: T3
Sumber: T3

qJK48cUAH2bKUyFKafbQG5

Mengulas mengenai paparan, skrin hadapan Huawei Mate X adalah 6.6-inci manakala skrin belakang model ini adalah 6.38-inci. Walaubagaimanapun, apabila dilipat model in bakal menghasilkan skrin secara menyeluruh bersaiz 8-inci. Paparan yang besar ini disasarkan untuk memudahkan pengguna melakukan aktiviti secara multitask.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate X hadir dengan processor Snapdragon 855, 6GB RAM dan ruang storan bersaiz 128GB. Sokongan pengecasan pantas dan pengimbas cap jari diatas skrin antara yang disertakan. Lebih hebat, model ini turut menyokong internet 5G yang bakal bermanfaat buat negara yang menyokong internet 5G.

Model ini dilengkapkan dengan tiga kamera beserta sokongan teknologi Leica. Perkongsian kamera pada bahagian hadapan dan belakang sekaligus membolehkan para pengguna mendapatkan gambar dengan kualiti terbaik ketika berswafoto.

AndroidPIT-huawei-mate-x-standing
Sumber: Androidpit
dims (1)
Sumber: Engadget

Dari segi harga, teknologi yang baru ini sudah pastinya ditawarkan dengan harga yang premium. Huawei Mate X bakal ditawarkan dengan harga €2299 (~RM10,633). Harga yang ditawarkan juga jauh lebih tinggi berbanding Samsung Galaxy Fold yang ditawarkan dengan harga sekitar RM8,135.

Model ini bakal ditawarkan pada pertengahan tahun ini. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana hala tuju telefon pintar dengan skrin boleh lipat mampu bertahan.