Laris seperti pisang goreng panas! Itu yang kita dapat katakan untuk model flagship HUAWEI Mate50 Pro ini. Walaupun baru berada di pasaran dalam tempoh sebulan, ia mendapat permintaan yang menggalakkan daripada peminat telefon pintar di Malaysia.

Antara pelanggan terawal memiliki HUAWEI Mate50 Pro

Lebih-lebih lagi untuk model HUAWEI Mate50 Pro Kunlun Glass Edition ini. Bagi pilihan warna ‘Orange Vegan’, ia telah out of stock pada hari pertama ia dilancarkan lagi!

Baca Juga:

Disebabkan permintaan yang tinggi untuk model ini, HUAWEI tidak mahu mengecewakan pengguna dan kini turut menawarkan beberapa pilihan warna lagi untuk edisi KUNLUN Glass ini; Carbon Black dan Silver!

HUAWEI MATE50 Pro ‘Carbon Black & ‘Silver’

Apa istimewanya KUNLUN Glass?

Panel kaca yang berada di pasaran pada ketika ini diperkuatkan secara kimia di bahagian permukaannya, jadi ia hanya dapat menahan daya atau hentakan di bahagian luar sahaja.

Kekuatan struktur kaca mempunyai hadnya dan jika daya dalaman mencecah satu tahap, kaca yang dipertingkat ini tidak lagi dapat bertahan dan kemudiannya pecah.

Bila merujuk kepada telefon pintar, HUAWEI menggunakan kaedah yang canggih untuk meningkatkan ketahanan kaca dengan menambah nanocrystals untuk menghasilkan kerangka yang lebih mantap. Untuk menghasilkan kaca yang terbaik bagi skrin telefon pintar, HUAWEI telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan pihak yang pakar dalam pembuatan kaca.

Selepas penyelidikan selama 4 tahun, syarikat terbabit telah berjaya menghasilkan kaca dengan menambah metal oxide (nanocrystals) menerusi teknik tempaan haba tinggi unik yang berjaya membesarkannya kepada skala nanometer; di mana ia berjaya memadatkannya dan menggabungkan kristal ini kepada kaca.

Hasilnya? Jurutera HUAWEI berjaya menyelesaikan masalah kaca seramik supaya ia jadi lebih kuat dan sedap untuk digunakan. 10 quadrillion-level nanocrystals digunakan untuk menyalut Kunlun Glass bagi menghasilkan kaca yang lebih padat dan tahan lasak.

Kini, drop resistance untuk Kunlun Glass meningkat 10 kali ganda berbanding kaca terbaik di pasaran! Tidak cukup dengan itu, kaca ini juga dapat mengelakkan cahaya daripada pembelauan dan meningkatkan pengalaman pengguna menggunakan HUAWEI Mate50 Pro.

HUAWEI Mate50 Pro dengan Kunlun Glass menjadi telefon pintar pertama di dunia yang menerima pengiktrafan 5-bintang daripada SGS Switzerland untuk ketahanan hentakan!

Google Native Apps kini tersedia untuk telefon pintar dan tablet HUAWEI!

Terdapat juga persoalan daripada pengguna dan bakal pengguna HUAWEI sama ada boleh atau tidak native apps daripada Google seperti Google Maps, Google Meet, Google Drive dan Youtube digunakan untuk peranti HUAWEI.

Jawapannya adalah ya dan bilangan aplikasi yang boleh digunakan turut ditambah! Dengan adanya Lighthouse, anda boleh memuat turun aplikasi Google dalam peranti HUAWEI anda.

Mudah sahaja kan? Di bawah ini pula adalah senarai aplikasi terkini yang sudah di kemas kini di HUAWEI AppGallery.

Aplikasi terkini yang boleh dimuat turun di peranti HUAWEI anda

Ini peranti HUAWEI lain yang turut menyokong aplikasi native Google; Mate50, Mate50Pro, Mate Xs2, nova10, nova10Pro, nova10SE, nova Y90, nova Y70, nova 9, nova 9SE, nova8i, P50, P50Pro, P50pocket, MatePad SE, MatePad Pro 11, Matepad 10.4(BAH4-W09, BAH4-L09) dan Matepad Pro 12.6(WGRR-W09).

Keselamatan peranti terjamin dengan HUAWEI AppGallery Security scan

Huawei secara rasmi telah menambah sistem keselamatan tambahan di AppGallery. Dengan ini, mana-mana aplikasi yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna akan dibuang daripada digunakan oleh pengguna.

Bagaimana untuk imbasnya? Anda hanya perlu tekan pada AppGallery, tekan pada ‘ME’ dan terus tekan kepada fungsi keselamatan. Ia akan secara automatik mengimbas semua aplikasi yang ada dalam peranti anda.

Jika ia menemui sebarang aplikasi yang mungkin bermasalah, ia akan memberi amaran kepada pengguna sama ada buang aplikasi tersebut atau tidak.

HUAWEI sentiasa di hadapan dalam menghasilkan produk tercanggih di pasaran dan isu keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan HUAWEI. Maklumat peribadi anda akan selamat daripada digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Ditambah lagi dengan penambahan aplikasi native Google yang boleh didapati di HUAWEI AppGallery, pengalaman menggunakan peranti HUAWEI pastinya semakin smooth dan seronok.

Bersempena jualan 12.12 ini, jangan terlepas peluang untuk mendapatkan peranti HUAWEI Mate50 Pro Kunlun Glass ini dan anda boleh mendapatkannya di HUAWEI Experience Store, laman rasmi Huawei Malaysia, Shopee atau Lazada. Selamat membeli kerana sekarang adalah masa terbaik untuk bertukar ke HUAWEI!