Jika anda mencari sebuah laptop yang nipis dan ringan supaya mudah dibawa ke mana-mana, HUAWEI telah mengumumkan siri laptop terkini mereka yang hebat untuk apa sahaja aktiviti anda, HUAWEI MateBook 14.

Terdapat dua varian yang anda boleh pilih untuk MateBook 14 ini iaitu AMD Ryzen 7 4800H ataupun AMD Ryzen 5 4600H. Chipset ini membolehkan MateBook 14 beroperasi dengan smooth dan senyap di samping memberi respon terpantas untuk tugasan anda.

HUAWEI MateBook 14 ini mempunyai ketebalan hanya 1.59cm dan seberat 1.5kg sahaja. Sesuai untuk anda yang on the go dan mahukan sebuah laptop yang tidak ‘membebankan’.

matebook 14
Nipis serta minimalis

https://www.instagram.com/p/CGm0nYzAhKF/

Anda kerap ada masalah terlupa bawa charger? Masalah tersebut akan selesai dengan MateBook 14 kerana inovasi terkini daripada HUAWEI turut membolehkan laptop ini berkongsi charger yang sama seperti telefon pintar.

Dalam erti kata lain, anda hanya perlu bawa satu charger untuk komputer riba dan telefon pintar sahaja untuk dibawa ke mana-mana.

Menyoal dari segi sekuriti, HUAWEI sememangnya mementingkan sekuriti pengguna di mana siri HUAWEI MateBook turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari. Dalam erti kata lain, anda boleh ucapkan selamat tinggal buat password anda yang panjang dan melecehkan.

MateBook14 only BM

Tempahan untuk MateBook 14 ini bakal dibuka bermula 26 Oktober 2020 ini dan dijual dengan harga RM3,799 untuk model AMD Ryzen 5 4600H dan RM4,399 untuk model AMD Ryzen 7 4800H.

P/S: Anda yang membuat tempahan awal MateBook 14 ini berpeluang menerima aksesori percuma bernilai RM1,177 iaitu Huawei Freebuds 3, wireless mouse dan juga sebuah beg galas. Ayuh lekas kita buat tempahan di sini.

Untuk membaca kelebihan lain HUAWEI MateBook 14, klik pada pautan di bawah.

3 Sebab Untuk Anda Beralih Ke HUAWEI MateBook 14 Yang Serba Lengkap

Mudah Dan Pantas, Ini 5 Sebab Huawei MatePad Pro Berbaloi Untuk Dimiliki