Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat Huawei semakin agresif dalam mengeluarkan produk elektronik yang berteknologi tinggi dan berbaloi. Bermula dengan telefon pintar, jenama ini sudah mula melebarkan sayap dengan penawaran komputer riba serta beberapa aksesori yang dilihat futuristik.

Terbaharu, Huawei Malaysia telah mengumumkan penawaran model terbaru siri Matebook iaitu Matebook D 15. Sesuai dengan namanya, model ini hadir dengan saiz skrin 15.6-inci Fullview. Sewaktu melihat skrin ini, anda pandangan anda pastinya tidak terganggu dengan penyertaan bezel yang nipis seolah melihat sebuah skrin dengan paparan yang penuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2020-01-06 at 4.34.33 PM

Dari segi spesifikasi, Huawei Matebook D 15 dilengkapi dengan processor AMD Ryzen 5 3500U dan digabungkan bersama RAM 8GB DDR4. Kad grafik yang digunakan adalah AMD Radeon Vega 8 manakal storan yang disertakan SSD 256GB dan 1TB HDD.

Sekali pandang, model ini jelas mahu menawarkan spesifikasi terbaik seakan komputer riba flagship. Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapi dengan kamera 1-megapixel serta pengimbas cap jari bagi membolehkan anda unlock komputer riba anda dengan mudah.

202001060259511767

Selain itu, Matebook D 15 turut menyertakan pengecasan 65W membolehkan anda mengecas 0-53% dalam tempoh 30 minit sahaja. Penawaran port USB-A, HDMI dan audio jack antara yang disertakan.

Hadir dengan berat 1.62kg, komputer riba ini berjaya menawarkan spesifikasi yang hebat, harga yang berbaloi serta antara yang paling ringan dan kecil dalam kelasnya.

Malaysia Is First Overseas Market to Introduce HUAWEI MateBook D 15 Laptop with An Irresistible Price of RM2,499_2

Huawei Matebook D 15 sedia ditawarkan secara rasmi dengan harga RM2,499 dan bakal ditawarkan seluruh dunia bermula 18 Januari 2020. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, anda boleh dapatkannya dengan klik di sini.

Sebelum ini Huawei pernah melancarkan Matebook yang merupakan altenatif kepada Apple Macbook. Turut dikongsikan, pelan terbaru daripad Huawei yang membolehkan para pelajar memiliki peranti Huawei melalui bayaran ansuran.

Huawei Perkenalkan Matebook 13, Altenatif ‘Macbook’ Dengan Harga Yang Lebih Rendah

Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti HUAWEI Dengan Skim Bayaran Ansuran!