Mulai menawarkan komputer riba siri MateBook sejak dari tahun 2016, dapat dilihat HUAWEI semakin matang dalam mengeluarkan komputer riba. Menerusi siri MateBook keluaran tahun ini, HUAWEI berjaya tampil dengan empat model terbaru bagi memenuhi keperluan pengguna.

Untuk pengetahuan, model HUAWEI MateBook pada tahun lalu berjaya menarik perhatian ramai untuk beralih menggunakan komputer riba HUAWEI MateBook. Semuanya hanya disebabkan penawaran spesifikasi yang hebat serta harganya yang berbaloi.

Pada kali ini, HUAWEI sedia mengulangi skrip yang sama dengan memperkenalkan empat model terbaharu dengan spesifikasi yang berbeza. Kami juga tidak melepaskan peluang mencuba salah satu daripada model terbaru keluaran HUAWEI MateBook iaitu MateBook D15. Ayuh ikuti review penuh kami mengenai model ini.

Skrin dan paparan

matebook D15-54

Seperti namanya, HUAWEI MateBook D15 hadir dengan skrin bersaiz 15-6inci FullView Display. Paparannya yang memukau dengan resolusi 1920×1080 pastinya membuatkan anda tidak jemu untuk menontonnya dalam jangka masa yang panjang.

Apa yang membuatkan kami lebih selesa dengan skrin ini adalah penyertaan bezel yang sangat nipis di mana skrin merangkumi 87% sekaligus membuatkan anda seolah menonton sebuah skrin tanpa sebarang gangguan. Tidak dilupakan juga membuatkan komputer riba ini tampil moden dan minimal.

Kompak, ringan dan kemas

matebook D15-53

Sudah menjadi kebiasaan kini di mana orang ramai mahu mendapatkan komputer riba yang ringan dan nipis namun masih lagi mampu menawarkan spesifikasi yang hebat.

HUAWEI MateBook D15 juga nampaknya tidak terkecuali dalam menawarkan kriteria berikut. Menggunakan material aluminium tidak menghalang HUAWEI MateBook dalam menawarkan model yang kompak buat pengguna dengan berat serendah 1.56kg dengan ketebalan 16.9mm sahaja.

matebook D15-60

Dalam erti kata lain, model ini sangat sesuai dijadikan pilihan buat mereka yang kerap melakukan kerja di merata-rata tempat tanpa sebarang masalah.

Dikuasakan oleh Intel Iris

DSC00113

Dalam mendapatkan komputer riba yang serba lengkap, pastinya processor generasi terbaru antara yang menjadi dambaan. Menerusi model ini, HUAWEI berjaya merelisasikannya dengan menyertakan processor Intel Core-i5 generasi kesebelas yang dinamakan sebagai Intel Iris.

Penggunaan processor ini membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman penggunaan yang lancar baik untuk menonton filem, editing dan sebagainya serta turut membantu menawarkan warna yang tepat untuk tontonan pengguna.

Penyertaan RAM 16GB DDR4 beserta SSD 512GB pastinya membuatkan kerja seharian anda dapat diselesaikan dengan lancar tanpa masalah. Ruang storan yang besar sudah pasti menjadi advantage buat mereka yang kerap menyimpan data dalam saiz yang besar.

Turut dilengkapi bersama pengimbas cap jari

DSC00119

Sebuah lagi perkara yang menarik perhatian kami menerusi model kami pastinya penyertaan pengimbas cap jari sekaligus memudahkan pengguna unlock komputer riba mereka. Penawaran pop-up camera yang tersembunyi juga antara yang membuatkan model ini tampil moden di samping menjaga sekuriti pengguna.

matebook D15-52

Selain itu, HUAWEI MateBook D15 turut disertakan dengan port USB-2.0, USB 3.2, USB-C, HDMI beserta palam pengecasan USB-C 65W. Dalam erti kata lain, anda boleh menggunakan palam pengecasan USB-C daripada telefon pintar anda untuk mengecas HUAWEI MateBook D15

Harga

DSC00123

Mengulas dari segi harga, HUAWEI MateBook D15 sedia ditawarkan dengan harga RM3,899. Para pengguna juga turut ditawarkan dengan free gift istimewa daripada HUAWEI.

Sekiranya anda mahukan pilihan model dengan harga yang sedikit rendah, HUAWEI MateBook D15 menggunakan processor Intel Core i5 UHD sedia ditawarkan pada harga RM3,299.

Adakah HUAWEI MateBook D15 berbaloi?

DSC00097

Berdasarkan harga yang ditawarkan, boleh dikatakan HUAWEI MateBook D15 merupakan pilihan yang berbaloi. Pengguna bukan sahaja dapat komputer riba yang kompak dan nipis untuk memudahkan untuk dibawa kemana-mana malah spesifikanya yang serba baharu pastinya membantu meningkatkan produktiviti anda.

Model ini pastinya menjadi pilihan peminat HUAWEI di mana ia dapat disambungkan kepada telefon pintar HUAWEI menerusi HUAWEI ecosystem. Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau mahu mendapatkan HUAWEI MateBook D15, anda boleh dapatkannya dengan klik di sini.

HUAWEI sedia menawarkan spesifikasi yang lebih menarik menerusi siri MateBook 2021. Ketahui juga model TV keluaran HUAWEI iaitu Vision S Series yang hadir dengan pelbagai ciri menarik.

Tawarkan Spesifikasi Yang Lebih Baik, HUAWEI Bakal Perkenalkan Siri MateBook 2021

Model TV Vision S Series Muncul Sebagai Produk Terbaru Dalam Ekosistem IoT HUAWEI