Huawei sekali lagi hadir dengan kejutan. Pada kali ini, Huawei menawarkan Huawei Matebook yang hadir dengan spesifikasi canggih dengan harga yang tidak masuk akal pada kami.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Menyertakan processor Intel Core m5 generasi keenam, RAM 8 GB serta 256 GB SSD dan beroperasi menggunakan Windows 10, Huawei Matebook ditawarkan pada harga RM5,399. Bersempena dengan juai flash sale yang dijalankan melalui laman Vmall, anda berpeluang mendapatkan Huawei Matebook dengan harga 75% lebih rendah iaitu RM1,599 termasuk aksesori.

26991629_1883413761686798_7044485791948107633_n

Nak tahu apa yang lebih menarik, para pembeli turut ditawarkan dengan MatePen dan Matedock yang bernilai RM768. Kebolehan untuk menjalankan laptop mode dan tablet mode antara yang membuatkan Huawei Matebook istimewa disamping penawaran spesifikasi yang memukau.

Buat anda yang berminat, kami sarankan untuk anda bersedia dengan lebih awal kerana dikhuatiri Huawei Matebook bakal menjadi milik orang lain.

Huawei+MateBook+review+gallery+1

Menyoal dari segi harga dan spesifikasi yang ditawarkan, sememangnya Huawei berjaya membuatkan orang ramai teruja dengan penawaran sehingag 75%. Sangat berbaloi-baloi untuk anda dapatkan dengan penawaran Matedock dan Matepen. Pembelian Huawei Matebook bakal dibuka pada 3 petang esok dan anda boleh dapatkannya di laman web Vmall.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group