Bersempena dengan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung, pastinya orang ramai memerlukan sebuah peranti yang mampu menyiapkan tugas harian dengan mudah serta mampu menjadi peneman untuk berhibur dan sebagainya.

Mendapatkan tablet pastinya pilihan yang ideal. Bukan sahaja mudah digunakan, malah teknologi yang tersedia pada tablet masa kini pastinya memudahkan untuk multitask mahupun membawanya ke mana-mana sahaja. Dalam pada itu, kami yakin pasti ramai antara anda yang mempunyai dilema dalam memilih tablet yang sesuai dan berbaloi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi pencarian kami, tablet terbaru daripada HUAWEI iaitu MatePad Pro sedia menawarkan apa yang diperlukan para pengguna. Bukan sahaja berkuasa tinggi, tablet ini turut dilengkapkan dengan rekaan yang menarik, teknologi yang hebat serta harga yang berbaloi.

HUAWEI MatePad Pro

HUAWEI MatePad Pro merupakan sebuah tablet daripada jenama ini yang baru sahaja dilancarkan pada bulan ini. Sesuai dengan namanya, model ini dikhususkan buat golongan profesional yang mahukan prestasi yang hebat pada sesebuah tablet. Berikut merupakan antara perkara yang menarik perhatian kami mengenai HUAWEI MatePad Pro.

Skrin

huawei_matepad_pro_harmonyos-01_thumb1200_4-3
Sumber: Tech Advisor

Dalam mendapatkan sesebuah tablet, pastinya kualiti dan saiz skrin antara yang diutamakan. Hal ini berikutan skrin merupakan komponen utama yang menjadi perhatian setiap kali digunakan.

HUAWEI pada kali ini sedia menawarkan yang terbaik buat para pengguna menerusi skrin 12.6-inci OLED FullView Display. Menariknya mengenai skrin ini disamping paparan yang memukau, HUAWEI MatePad Pro disertakan dengan bezel senipis 5.6mm sekaligus menjadikan HUAWEI MatePad Pro sebagai antara tablet dengan paparan terbesar meliputi 90% bahagian hadapan.

Dalam erti kata lain, anda tidak lagi mengalami masalah terganggu dengan masalah bezel yang tebal sewaktu menjalankan kerja atau menonton rancangan kesukaan anda.

Rekaan dan spesifikasi

Huawei MatePad Pro

HUAWEI pada kali ini turut menawarkan M-Pencil bersama pembelian tablet ini di mana anda boleh gunakannya untuk menulis dan melukis pada MatePad Pro dengan mudah.

Selain itu, pengguna tidak lagi perlu berbelanja besar dalam mendapatkan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard di mana HUAWEI turut menawarkannya bersama. Rekaan keyboard ini yang nipis dan melekat pada MatePad Pro memudahkan pengguna untuk menaip dan menyiapkan tugas harian.

Model ini turut dilengkapkan dengan tiga kamera belakang terdiri daripada kamera utama 13-megapixel, 8-megapixel ultrawide dan TOF 3D. Anda juga berpeluang merakam video dengan resolusi 4K pad 30fps. Selain itu, kamera hadapan model ini ditawarkan sensor 8-megapixel.

huawei matepad pro

Model ini ditawarkan dengan dua warna berbeza iaitu Olive Green dan Matte Grey. Sebuah idea yang unik dalam menawarkan warna yang tidak begitu menonjol namun masih mampu membuatkan MatePad Pro tampil premium.

Prestasi

Huawei MatePad Pro

Seperti namanya, model Pro pada ini merujuk kepada fungsi dan spesifikasi yang mampu menawarkan prestasi yang hebat. HUAWEI MatePad Pro dilengkapkan dengan processor Kirin 9000E dan dibantu bersama RAM 8GB.

Penggunaan processor ini membuatkan para pengguna untuk tidak lagi mengalami masalah dalam menyiapkan tugasan atau bermain game dalam kualiti tertinggi.

Jangka hayat bateri

Model ini dilengkapkan dengan bateri yang bersaiz 10,050mAh. Digandingkan bersama processor penuh efisien Kirin 9000E beserta fungsi power-saving yang tersedia pada HarmonyOS 2, MatePad Pro berpeluang digunakan untuk menonton filem dengan kualiti 1080p selama 14 jam manakal standby time bagi model ini pula adalah 17 hari.

MatePad Pro juga turut ditawarkan dengan pengecasan 40W HUAWEI SuperCharge yang memerlukan pengguna tempoh 2 jam dan 10 minit. Fungsi lain seperti reverse charging dan wireless charging antara yang turut ditawarkan bersama. Menarik bukan?

Dikuasakan oleh Harmony OS 2

MKT_Wagner_Creativeshoot_KSP_Grey_Meetime-EN_HQ_RGB_JPG

HarmonyOS merupakan sistem operasi baharu yang mampu dijalankan pada pelbagai peranti HUAWEI. Dilabel sebagai All as One, sistem operasi ini dilaporkan mampu dijalankan pada peranti telefon pintar dengan RAM 4GB dan ke atas.

Model ini muncul sebagai peranti pertama HUAWEI yang menggunakan Harmony OS 2. Menerusi sistem operasi terbaru ini, HUAWEI nampaknya turut menawarkan beberapa perubahan menarik buat para pengguna.

Fungsi terbaru yang ditawarkan serta menarik perhatian kami sudah pastinya Multi-Screen Collaboration di mana anda boleh sync kerja anda pada MatePad Pro secara terus kepada komputer riba HUAWEI.

Penggunaan M-Pencil bersama pastinya membuatkan kerja anda melibatkan menulis atau melukis menjadi lebih produktif. Ketahui lebih lanjut mengenai Harmony OS 2 dengan klik di sini.

Pilihan yang berbaloi

KV_BM

HUAWEI MatePad Pro ditawarkan dengan harga RM3,999. Sekilas pandang harga yang ditawarkan mungkin agak tinggi. Namun apa yang menariknya, HUAWEI sedia menawarkan beberapa aksesori lain bersama seperti HUAWEI M-Pencil, HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI Classic Backpack.

Para pengguna turut ditawarkan dengan HUAWEI Video VIP Access selama satu bulan dan 6 bulan TVOD Pass beserta HUAWEI Cloud Storage 500GB selama 3 bulan.

Kesemua tawaran bernilai RM1,747 ini sedia untuk dimiliki secara percuma buat para pembeli membuatkan pembelian HUAWEI MatePad Pro merupakan pilihan yang baik dan berbaloi.

Pra-tempahan bagi model ini sedia dibuka bermula 10 hingga 17 Jun 2021. Sekiranya anda dambakan sebuah tablet skrin yang memukau, prestasi yang hebat dan dikuasakan oleh HarmonyOS 2, HUAWEI MatePad Pro antara tablet boleh anda pertimbangkan.

Ketahui lebih lanjut mengenai komputer riba HUAWEI MateBook D15 yang hadir dengan ciri terkini memenuhi keperluan pengguna.

HUAWEI MateBook D15, Komputer Riba Dengan Ciri Terkini Memenuhi Keperluan Pengguna

Pra-Tempahan Siri HUAWEI MateBook 2021 Sedia Dibuka Dengan Harga RM3,299