Huawei baru-baru ini telah melancarkan dua model terbaharu model pertengahan telefon pintar iaitu Huawei model Nova 3 dan Nova 3i. Majlis perasmian ini berlangsung di Lightbox, Sungai Buloh Malaysia. Untuk model kali Huawei telah memperkenalkan empat variasi pilihan warna untuk peminat jenama ini.

Nova 3 merupakan peranti utama untuk siri pertengahan ini telah menggunakan cip HiSilicon Kirin 970 yang merupakan processor berkuasa keluaran Huawei Manakala Nova 3i menggunakan telefon pintar pertama jenama Huawei yang menggunakan cipset HiSilicon Kirin 710.

nova 3 Product Image_Standard_Black_Front with UI

nova 3i Product Image_Standard_Black_Rear 30_Left

Kedua-dua model ini daripada segi luaran hadir dengan rekaan yang hampir sama. Nova 3 didatangkan skrin 6.3 inci IPS LCD FHD+ memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB RAM. Ia juga terdapat sokongan mikro-SD sehingga 256GB.

Huawei Mengekalkan fungsi Dwi-kamera utama pada bahagian belakang menggunakan sensor 16+24 Megapixel f/1.8+f/1.8 manakala kamera swafoto pula menggabungkan 24+2 Megapixel f/2.0. Baterinya juga lebih besar, 3,750mAh dan menyokong pengecas pantas 9V/2A melalui USB-C.

Untuk Nova 3i pula didatangkan dengan RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 128GB. Spesifikasi skrinnya semua sama, 6.3-inci, FHD+, 19.5:9 dan takuk besar di pada telefon ini. Walaubagaimanapu, model ini hadir dengan kapasiti bateri yang sedikit kecil iaitu 3,340mAh dan ia tidak menyokong pengecas pantas.

Untuk kamera pula Nova 3i juga memiliki empat kamera, tetapi spesifikasi berbeza. Di belakang, ia adalah gabungan sensor 16MP+2MP. Di depan pula, 24MP+2MP ia lebih mengfokuskan kepada peminat swafoto. Kedua-dua model ini didatangkan dengan fungsi seumpama animoji iaitu 3D Qmoji.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Huawei Malaysia menawarkan harga untuk Nova 3 RM1,899 sebuah dan ia dijual pada 17 Ogos manakala Huawei Nova 3i pula ditawarkan pada harga RM1,249 bermula 28 Julai.

https://www.youtube.com/watch?v=kDN-GDGKKTU