Huawei Nova 2i, smartphone midrange pilihan kami bagi tahun 2017 kini berjaya ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. Jika sebelum ini smartphone ini ditawarkan dengan harga RM1,299, kini anda boleh dapatkannya dengan harga RM1,099 sahaja.

Dari segi spesifikasi, Huawei Nova 2i disertakan dengan processor Kirin 659 dan dikuasakan dengan RAM 4 GB. Ruang storan yang ditawarkan adalah 64 GB dan disokong dengan penyertaan MicroSD sehingga 256 GB.

Huawei-Nova-2i-16-1024×768 (1)

Apa yang menarik perhatian kami mengenai smartphone ini adalah pembaharuan yang baru sahaja dikemaskini Huawei dengan penambahan ciri face unlock. Selain itu, penyertaan dwi-kamera di bahagian hadapan dan belakang smartphone ini antara yang membuatkan Nova 2i tampil unik di dalam kategori smartphone midrange.

Melihat kepada harga terbaru yang ditawarkan Huawei Malaysia, mendapatkan smartphone ini nampaknya merupakan pilihan yang berbaloi sekiranya anda mempunyai budget sekitar RM1200 dan kebawah untuk dalam mendapatkan smartphone berbaloi.

huawei-nova-2i-2017-hands-on-04 (1)

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Huawei Nova 2i secara atas talian, anda boleh dapatkannya di sini dengan hadiah percuma bernilai RM599. Sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan Huawei Nova 2i, pastikan anda membaca ulasan penuh kami mengenai model ini di sini.