Sepanjang 2017 dapat dilihat smartphone kelas pertengahan semakin menunjuk kemajuan dan mula mempunyai ciri seakan smartphone flagship. Untuk pengetahuan anda, smartphone kelas pertengahan merujuk kepada smartphone yang ditawarkan pada harga sekitar RM800 sehingga RM1,500.

Salah satu model yang berjaya membuatkan orang ramai teruja dan berjaya dikelaskan sebagai antara smartphone kelas pertengahan terbaik 2017 adalah Huawei Nova 2i. Model ini berjaya menawarkan pengalaman yang menarik, ciri yang futuristik dan penawaran dwi-kamera pada bahagian hadapan dan juga belakang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami sempat mencuba model ini dan ternyata Huawei Nova 2i tidak mengecewakan pembeli berdasarkan tanda harga RM1,299. Berikut merupakan review penuh Vocket berkenaan Huawei Nova 2i.

Rekabentuk

Sumber: TechGuide

Melihat daripada rekabentuk Huawei Nova 2i, model ini sama sekali tidak nampak seperti sebuah smartphone kelas pertengahan. Penawaran skrin bezelless dan warna yang sangat terang antara yang aspek yang membuat kami teruja saat pertama kami menggunakan smartphone ini.

Telahan kami tidak salah setelah kami bertanya kepada orang ramai dan rata-rata berpendapat smartphone ini dijual dengan harga melebihi RM1,299. Rekaannya yang slim dan perletakan pengimbas cap jari dibahagian belakang antara yang membuatkan smartphone ini selesa untuk dipegang.

Spesifikasi

Huawei-Nova-2i-16-1024×768

Dari segi spesifikasi, Huawei Nova 2i disertakan dengan processor Kirin 659 dan dikuasakan dengan RAM 4 GB. Ruang storan yang ditawarkan adalah 64 GB dan disokong dengan penyertaan MicroSD sehingga 256 GB.

Sepanjang penggunaan kami menggunakan Nova 2i, kami tidak mengalami sebarang masalah melayari aplikasi media sosial seperti Facebook dan Instagram. Bermain game menggunakan model ini juga tidak menjadi masalah. Malah pengalaman bermain game akan lebih rancak dengan penyertaan skrin bezelless.

Kamera

huawei-nova-2i-2017-hands-on-04

Tiba masanya untuk kami membincangkan fungsi yang paling dinanti-nantikan pengguna yang berminat untuk mendapatkan Huawei Nova 2i. Seperti yang anda ketahui, model ini dikeluarkan Huawei dengan empat kamera dimana dua kamera disertakan dibahagian hadapan dan dua lagi di bahagian belakang.

Tujuan model ini disertakan dengan empat kamera tidak lain dan tidak bukan bagi membolehkan pengguna mendapatkan gambar dengan efek bokeh. Menggunakan kamera Huawei Nova 2i anda tidak akan merasakan seolah menggunakan smartphone bernilai RM1,299.

Kamera belakang Nova 2i disertakan dengan kamera 16-megapixel manakala bahagian hadapan tidak kurang hebatnya dengan penyertaan kamera 13-megapixel. Gambar yang dihasilkan juga sangat baik dan lebih tinggi daripada jangkaan kami model mid-range. Pengguna turut berpeluang untuk melaraskan efek bokeh melalui setiap gambar yang diambil.

Meskipun model ini tidak ditawarkan dengan teknologi Leica seperti model flagship Huawei, efek bokeh yang dihasilkan boleh dikatakan agak realistik dan menarik untuk dicuba. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan Huawei Nova 2i.

Kamera hadapan Huawei Nova 2i

Ciri Terbaru Huawei Nova 2i

IMG_20180108_155921

Bermula 30 Januari 2018 ini, pengguna Huawei Nova 2i berpeluang mendapat dua ciri tambahan terbaru. Melalui kemaskini terbaru ini, para pengguna berpeluang unlock Nova 2i anda hanya menggunakan wajah sepertimana Apple iPhone X.

Sesuai smartphone yang dikeluarkan dengan ciri selfie menarik, Huawei turut menawarkan AR Lens. Melalui fungsi ini pengguna berpeluang untuk swafoto berlatar belakang beberapa lokasi menarik seperti Paris, London dan Sydney. Cool bukan?

Adakah berbaloi?

IMG_20180108_130435

Harga yang diumumkan buat Huawei Nova 2i adalah RM1,299. Harga yang tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi bagi sesebuah smartphone. Dengan harga yang ditawarkan anda akan menerima sebuah smartphone dengan skrin bezelless yang cantik serta 4 kamera untuk memudahkan anda mendapatkan efek bokeh dengan mudah. Pada kami ianya sangat berbaloi.

Prestasi yang ditawarkan juga cukup baik ditambah pula dengan ciri face unlock yang bakal hadir tidak lama lagi. Berdasarkan penggunaan kami, kami sangat berpuas hati dengan apa yang ditawarkan Nova 2i. Bagi smartphone dibawah RM1,300, kami memilih Huawei Nova 2i sebagai smartphone terbaik anda boleh dapatkan.

Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan Huawei Nova 2i yang disertakan dengan beberapa free gift menarik bernilai RM199. Sekiranya anda seorang pengguna yang tidak kerap mengambil gambar dan tidak kisah efek bokeh, mendapatkan Huawei Honor 7x antara yang pilihan yang baik dengan penawaran spesifikasi yang hampir sama.