Seperti baru sahaja teknologi dwi-kamera dibahagian belakang diperkenalkan dan nampaknya Huawei mahu menjadi trendsetter dengan memperkenalkan smartphone dengan tiga kamera di bahagian belakang.

Berdasarkan sumber daripada Evan Bless, P-Series daripada Huawei bakal diteruskan seawal tahun hadapan dengan pengeluaran model terbaru iaitu Huawei P11. Melalui perkongsian yang dibuat, Huawei dijangka menjadi smartphone pertama yang menyertakan lima kamera pada sebuah smartphone iaitu tiga dibahagian belakang dan dua dibahagian hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Huawei P11 P11 Huawei

Sekiranya ura-ura ini tidak cukup membuat anda kagum, Huawei bakal turut menggunakan kamera 40-megapixel dibahagian belakang bagi menawarkan kualiti gambar yang terbaik buat para pengguna.

Bagi kamera bahagian hadapan pula Huawei P11 bakal diperkemaskan lagi dengan penyertaan kamera 24-megapixel khusus buat swafoto. Jelas hasrat Huawei mennjadi yang terbaik dalam industri kamera smartphone bakal diteruskan melalui model terbaru ini dengan bantuan Leica. Sama-sama kita nantikan model terbaru Huawei P11 yang bakal dilancarkan beberapa bulan lagi daripada sekarang.