Berjaya dengan kolaborasi bersama Leica melalui model-model sebelum ini, Huawei pada hari ini telah meneruskan keluaran P-series dengan melancarkan Huawei P30 dan P30 Pro. Kedua-dua model ini merupakan smartphone flagship daripada Huawei serta memberi fokus pada bahagian kamera.

Apa yang menarik perhatian pengguna sudah pastinya Huawei P30 Pro yang dilancarkan dengan penyertaan empat kamera di bahagian belakang. Lebih menarik, model ini hadir dengan kamera 40-megapixel, 20-megapixel dan 8-megapixel. Turut disertakan bersama adalah lensa TOF dan juga kamera hadapan 32-megapixel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat kepada prestasi kamera Huawei sejak tiga terakhir ini, keputusan yang ditampilkan DxOMark tidak mengejutkan ramai apabila Huawei P30 Pro berjaya menjadi telefon pintar dengan kamera terbaik mengalahkan Huawei Mate 20 Pro dengan skor 112.

Screen Shot 2019-03-27 at 1.13.54 PM

Melalui model terbaru ini, Huawei nampaknya mahu memberi penekanan kepada pencahayaan dan keupayaan untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Mana tidaknya, melalui kamera periscope pada Huawei P30 Pro membolehkan model ini mengambil gambar dengan baik dengan jarak 50x zoom. Menakjubkan bukan?

Berdasarkan apa yang ditunjukkan Huawei, model ini nampaknya tidak mempunyai masalah untuk mengambil gambar pada keadaan yang gelap serta pada jarak yang jauh tanpa sebarang masalah. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan Huawei P30 Pro.

Sumber: CNET
$ (2)
Sumber: CNET
$ (3)
Sumber: CNET
$ (4)
Sumber: CNET
$ (5)
Sumber: CNET

Sekiranya anda seorang yang berminat dengan mobile photography, Huawei P30 Pro pastinya antara yang menjadi pilihan berdasarkan kualiti yang ditawarkan. Sama-sama kita nantikan seawal April ini untuk mengetahui harga Huawei P30 dan P30 Pro bagi pasaran Malaysia. Adakah anda berminat untuk menjadi yang terawal mendapatkanya?