Seminggu selepas pelancaran rasmi model terbaru Huawei melalui siri-P iaitu P30 dan P30 Pro di Paris, Huawei Malaysia pada hari ini secara rasminya melancarkan dua model yang dinanti ramai buat pasaran Malaysia.

Sejak mula dilancarkan, harga bagi Huawei P30 dan P30 Pro sentiasa menjadi teka-teki buat para peminat dan bakal pembeli model ini setelah model ini ditawarkan dengan harga mencecah RM5 ribu di Singapura.

Menariknya, di Malaysia anda berpeluang mendapatkan Huawei P30 dengan harga RM2,699 manakala Huawei P30 Pro dengan 8GB RAM dan 256 GB ruang storan ditawarkan pada harga RM3,799. Sebanyak tiga warna ditawarkan buat pasaran Malaysia iaitu breathing crystal, aurora dan hitam. Selain itu, Huawei Malaysia turut menawarkan waranti selama 18 bulan.

p30proscreeeen
Sumber: Stuff

Apa yang menarik perhatian pengguna sudah pastinya Huawei P30 Pro yang dilancarkan dengan penyertaan empat kamera di bahagian belakang. Lebih menarik, model ini hadir dengan kamera 40-megapixel, 20-megapixel dan 8-megapixel. Turut disertakan bersama adalah lensa TOF dan juga kamera hadapan 32-megapixel.

Melihat kepada prestasi kamera Huawei sejak tiga terakhir ini, keputusan yang ditampilkan DxOMark tidak mengejutkan ramai apabila Huawei P30 Pro berjaya menjadi telefon pintar dengan kamera terbaik mengalahkan Huawei Mate 20 Pro dengan skor 112.

blunderbuss-pro-4
Sumber: Cnet

Buat anda yang berminat untuk menjadi yang terawal menggunakan Huawei P30 dan P30 Pro, anda boleh mendapatkannya bermula 6 April ini. Difahamkan beberapa telco bakal turut menawarkannya pada tarikh yang sama.

Ulasan penuh: Huawei P30 Pro, Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik Pernah Dihasilkan