Sekiranya pada model Huawei P10, Huawei berjaya mengumumkan telefon pintar pertama mereka dengan dua kamera pada bahagian belakang, diikuti dengan P20 Pro dengan tiga kamera, nampaknya trend ini bakal diteruskan dengan P30 Pro dengan penawaran empat kamera pada bahagian belakang.

Ura-ura mengenai penawaran empat kamera pada P30 Pro dikuatkan lagi apabila sebuah syarikat penawaran casing bagi model ini mula mengeluarkan gambar memaparkan telefon pintar terbaru Huawei ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screenshot 2018-12-18 at 1.01.44 PM
Sumber: GizmoChina

Screenshot 2018-12-18 at 12.59.49 PM

Sekiranya benar, maka tidak syak lagi Huawei sememangnya mahu terus komited dalam menawarkan telefon pintar dengan penawaran kamera yang terbaik. Untuk pengetahuan anda, kini Huawei Mate 20 Pro berjaya menjadi telefon pintar dengan kamera terbaik diikuti dengan Huawei P20 Pro. Agak menarik untuk menyaksikan apa lagi teknologi yang bakal ditawarkan Huawei pada model terbaru mereka ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.