Mula diperkenalkan pada penghujung Mac lalu dengan harga RM2,699, Huawei P30 berjaya menjadi antara telefon pintar pilihan ramai. Penawaran spesifikasi yang memukau serta harganya yang sedikit rendah berbanding telefon pintar flagship yang antara yang membuatkan model ini menjadi pilihan.

Dari segi spesifikasi, Huawei P30 dilengkapi dengan skrin 6.1-inci OLED serta dikuasakan oleh processor Kirin 980 beserta 8GB RAM. Ruang storan 128GB yang disertakan bakal memudahkan untuk menyimpan segala data anda dengan mudah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling menarik perhatian ramai sudah pastinya gabungan tiga kamera pada bahagian belakang terdiri daripada lensa 40-megapixel, 16-megapixel serta 8-megapixel. Kamera pada bahagian hadapan pula disertakan dengan lensa 32-megapixel.

huawei-p30-review-2
Sumber: Expertreviews

Buat anda yang masih skeptikal dengan penggunaan telefon pintar jenama Huawei kerana dikhuatiri mempunyai masalah dengan sistem operasi Android, Donald Trump baru-baru ini telah mengumumkan penarikan semula sekatan terhadap jenama ini.

Berdasarkan harga terbaru Huawei P30, model ini dilihat masih releven dan berbaloi untuk dimiliki dimana anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM1,999 di Shopee. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Baca lagi: Celcom Tawarkan Pakej Beli Satu Percuma Satu Bagi Huawei P30

Sumber