Huawei P-Series sememangnya antara dinantikan pengguna telefon pintar khususnya peminat Huawei. Menawarkan kualiti kamera yang hebat antara yang menjadi sebab utama orang ramai mendapatkannya.

Memasuki tahun baharu, Huawei nampaknya bakal meneruskan Huawei P-Series dengan melancarkan model Huawei P40 dan Huawei P40 Pro. Acara pelancaran ini disahkan oleh CEO Huawei, Richard Yu yang mengesahkan model ini bakal dilancarkan di Paris pada Mac 2020 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
huawei-p30-pro-review-13
Sumber: Expert Reviews

Setakat ini, difahamkan Huawei bakal menawarkan kualiti kamera yang lebih baik lagi berbanding model sebelum ini bagi mengekalkan takhta pada ujian DxOMark. Penggunaan processor Kirin 990 antara yang dijangkakan. Dari segi spesifikasi lain, masih belum terdapat ura-ura mengenai penyertaan saiz RAM dan ruang storan bagi model ini.

Seperti juga model keluaran Mate 30 dan Mate 30, model terbaharu Huawei yang bakal dilancarkan ini turut tidak disertakan dengan sokongan perkhidmatan Google. Walau bagaimanapun, para pengguna boleh mendapatkannya melalui pihak ketiga.

ELYfsRZX0AAwQlH

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan Huawei pada model telefon pintar flagship terbaru mereka apabila mula dilancarkan pada Mac ini.

Huawei sebelum ini turut menawarkan skim bayar secara ansuran buat para pelajar dengan harga serendah RM8.97 sahaja sehari. Turut dikongsikan, 3 peranti yang sangat bergaya dan berbaloi untuk didapatikan ketika ini. 

HUAWEI Tawar Skim Khas Untuk Pelajar Bayar Secara Ansuran Serendah RM8.97 Sehari

Tampil Bergaya Dengan 3 Peranti HUAWEI Yang Terhangat Di Pasaran Masa Kini!