Huawei Malaysia pada hari ini telah mengumumkan komputer riba premium terbaru mereka buat pasaran tempatan iaitu Huawei Matebook X Pro 2020. Model ini dikhususkan buat mereka yang mementingkan rekaan yang moden serta spesifikasi yang tinggi.

Dari segi spesifikasi, Huawei MateBook X Pro dilengkapi dengan processor Intel Core i7-10510U. RAM 16GB dan ruang storan 1TB SSD antara yang tersedia. Model ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX250.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

HUAWEI Matebook X Pro KV

Huawei MateBook X Pro nampaknya turut memberi penekanan pada bahagian paparan dengan penyertaan skrin 13.9-inci yang sangat menarik pada pendapat kami. Model ini menjalankan sistem operasi Windoes 10 Home. Bukan itu sahaja, model ini turut disertakan dengan pengimbas cap jari bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan sekuriti.

Buat anda yang mahu mendapatkan komputer riba premium berspesifikasi tinggi bagi melengkapkan ekosistem Huawei anda, MateBook X Pro sedia untuk dimiliki bermula 16 Mei dengan harga RM7,999.

Menariknya, Huawei turut menawarkan sejumlah besar hadiah percuma buat para pembeli merangkumi Huawei Sond X, mouse Huawei, beg Huawei serta Huawei Band 4 bernilai sehingga RM1,936.

Ketahui juga mengapa Huawei Siri P40 dianggap telefon pintar dengan terbaik bagi tujuan fotografi dan connectivity. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

HUAWEI Siri P40 Dianggap Smartphone Fotografi Dan ‘Connectivity’ Terbaik? Ini Review Kami

Hiburkan Hari-Hari Anda Ketika PKP Dengan HUAWEI AppGallery. Memang Terbaik!