Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat lambakan telefon pintar terbaru di pasaran. Menawarkan pelbagai spesifikasi dan fungsi menarik antara yang menjadi tarikan utama buat para pelanggan.

Dalam pada itu, agak sukar untuk mendapatkan sebuah telefon pintar dengan sebuah pakej lengkap yang mempunyai spesifikasi yang baik, rekaan penuh gaya beserta harga mampu milik. Namun, HUAWEI berjaya menawarkannya menerusi model nova 8i.

HUAWEI nova 8i merupakan sebuah peranti kelas pertengahan daripada HUAWEI yang dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik yang tidak terdapat pada telefon pintar yang lain. Berikut merupakan ciri menarik yang tersedia pada model terbaru HUAWEI ini.

1. Super Screen

HUAWEI nova 8i

Huawei nova 8i ini dilengkapkan dengan skrin 6.67-inci FHD+. Menariknya, model ini ditawarkan dengan sokongan SuperVision di mana 95.7% paparan hadapan ini dipenuhi dengan skrin lengkung 4D sekaligus membuatkan pengalaman pengunaan lebih selesa tanpa gangguan.

Teknologi yang tersedia pada paparan ini cukup untuk membuatkan model ini tampak moden dan releven untuk kegunaan para pengguna dalam jangka masa yang panjang.

2. SuperCharge

HUAWEI nova 8i

Sebuah lagi ciri yang ditawarkan pada model ini adalah sokongan HUAWEI SuperCharge membolehkan HUAWEI nova 8i menyokong pengecasan pantas sehingga 66W. Menariknya, HUAWEI pada kali ini tampil berbeza daripada kebiasaan dengan menawarkan pengecasan bersama pembelian HUAWEI nova 8i.

Pengecasan menerusi HUAWEI SuperCharge ini mampu meningkatkan bateri 4,300mAh HUAWEI nova 8i daripada 0% kepada 100% dalam tempoh 38 minit sahaja. Pantas bukan?

3. Super Camera

203860943_3014451015478525_2922687429849371919_n

Meskipun HUAWEI nova 8i merupakan sebuah peranti kelas pertengahan, jenama ini nampaknya turut memberi fokus kepada aspek kamera seakan peranti flagship. Pada model ini, HUAWEI telah melengkapkan empat kamera pada bahagian belakang di mana kamera utama ditawarkan dengan sensor 64-megapixel.

Kamera lain yang tersedia terdiri daripada lensa 8-megapixel ultra lebar, 2-megapixel depth camera dan 2-megapixel macro camera. Sokongan night mode membolehkan anda mendapatkan gambar yang jelas dan terang pada keadaan malap menerusi kamera hadapan mahupun belakang.

4. Sistem operasi EMUI 11

HUAWEI nova 8i

Menerusi model HUAWEI nova 8i, model ini masih lagi menggunakan sistem operasi EMUI 11 daripada Android 10. Dalam pada itu, pengguna masih lagi ditawarkan dengan ciri unik membolehkan HUAWEI nova 8i dapat berhubung dengan mudah dan pantas bersama produk HUAWEI yang lain yang terdiri daripada komputer riba, tablet dan sebagainya.

Penawaran Multi-Window dan smart screenshot pastinya membantu anda dalam meningkatkan produktiviti dengan sokongan paparan dua aplikasi secara serentak.

HUAWEI FreeBuds 4

199926646_3014454025478224_2951722705684849470_n

Sebuah lagi produk yang dilancarkan HUAWEI baru-baru ini adalah HUAWEI FreeBuds 4. Rekaan model TWS terbaru daripada HUAWEI yang ergonomik dan ringan ini bukan sahaja membuatkan para pengguna lebih bergaya malah selesa untuk digunakan dalam tempoh yang panjang.

Mengulas dari segi teknologi, model HUAWEI FreeBuds 4 ini dilengkapi dengan teknologi Open-fit Active Noise Cancellation 2.0 yang dibantu oleh cip Kirin A1. Teknologi ini membolehkan HUAWEI FreeBuds 4 menghalang bunyi luar dalam memudahkan pengguna mendengar audio secara terus daripada HUAWEI FreeBuds 4.

201874103_3014453962144897_6471302513937732486_n

Model ini menawarkan masa penggunaan selama 4 jam untuk satu pengecasan penuh dan cuma memerlukan 15 minit pengecasan untuk penggunaan selama 2.5 jam. HUAWEI FreeBuds 4 hadir dengan tiga warna untuk dipilih pengguna terdiri daripada warna putih, hitam dan merah. 

Harga penawaran HUAWEI nova 8i dan HUAWEI FreeBuds 4

HUAWEI nova 8i
Sumber: Revu PH
HUAWEI nova 8i sudah mulai dilancarkan secara rasmi oleh HUAWEI Malaysia pada 6 Julai 2021 dengan harga serendah RM1,299 sahaja di mana para pengguna berpeluang membuat pra -tempahan bermula 7 Julai 2021.

HUAWEI FreeBuds 4 pula sedia untuk didapatkan di rangkaian rasmi HUAWEI atau menerusi laman HUAWEI Malaysia dengan harga RM599 sahaja. Menariknya, para pengguna turut berpeluang menerima free gift daripada HUAWEI iaitu sebuah HUAWEI Band 4 Graphite.

Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk menjadi pengguna terawal mendapatkan dua produk terbaharu HUAWEI ini. Penawaran spesifikasi yang hebat beserta harga yang berbaloi membuatkan model ini bakal menjadi rebutan. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk lain keluaran HUAWEI.

Ketahui juga lima perkara menarik yang boleh anda dapatkan pada siri HUAWEI Watch 3 dengan klik pautan di bawah.

5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Dapatkan Pada Siri HUAWEI Watch 3

HUAWEI MatePad Pro, Tablet Khas Buat Golongan Profesional Dengan Penggunaan Harmony OS 2

HUAWEI MateBook D15, Komputer Riba Dengan Ciri Terkini Memenuhi Keperluan Pengguna