Sebuah lagi inovasi terbaru daripada Huawei yang diumumkan pada minggu ini. Melalui syarikat Huawei Watt Lab, syarikat ini komited untuk menawarkan teknologi pengecasan dimana smartphone terbaru Huawei memerlukan hanya 5 minit untuk mendapatkan 48% yang pertama.

Lebih menarik, Huawei turut menjanjikan teknologi terbaru ini tidak menjejaskan jangka hayat bateri. Tonton video ini untuk melihat teknologi yang ditawarkan Huawei sebelum menantikan smartphone terbaru Huawei yang menggunakan teknologi ini.