Mula menjalin kolaborasi bersama jenama smartphone sekitar 2014, Porsche Design ternyata konsisten dalam meneruskan usaha dalam bekerjasama bersama jenama-jenama smartphone terkenal. Bermula dengan Blackberry pada tahun awal kolaborasi, Porsche Design mula beralih arah untuk berkolaborasi bersama Huawei.

Pada tahun ini, Porsche Design sekali lagi berkolaborasi bersama Huawei melalui model Mate 10. Kolaborasi ini boleh dikatakan antara kolaborasi terbaik buat kedua-dua pihak memandangkan model Mate 10 merupakan model terbaru dan tercanggih daripada Huawei. Penambahan nilai premium pada model ini bakal menawarkan sesuatu yang berbeza buat peminatnya.

Mate10 Porsche Design

Mate10 Porsche Design3

Mate10 Porsche Design4

Pengguna bukan sahaja berpeluang mendapat sebuah smartphone dengan kemasan khas daripada Porsche Design, malah spesifikasi yang tersedia buat Mate 10 juga boleh dikatakan agak future proof seperti Kirin 970, RAM 6 GB RAM dan 256 GB ruang storan. Dari segi kamera, Mate 10 turut dilengkapi dengan gabungan dwi-kamera hasil teknologi daripada Leica. Mantap bukan?

Memandangkan smartphone terbaru daripada Huawei ini berkolaborasi bersama sebuah jenama mewah, harga premium yang diumumkan tidaklah mengejutkan ramai. Anda berpeluang mendapatkan Huawei Mate 10 Porsche Design ini tidak lama dengan harga penjualan sekitarĀ $1,650 USD (~RM6,973.72).

Sebelum ini, Huawei bersama Porsche Design turut hadir dengan tanda harga yang sama buat Mate 9 dan hasilnya kesemua model tersebut habis dijual buat pasaran Malaysia.

Sumber