Sekiranya anda masih ingat, beberapa bulan lalu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pernah mengumumkan untuk menyekat sebarang dagangan Huawei di Amerika Syarikat sekaligus membuatkan Huawei gagal untuk menggunakan Android. Kenyataan tersebut telahpun ditarik balik yang secara tidak langsung membolehkan Huawei beroperasi di Amerika Syarikat seperti biasa.

Disebalik sekatan yang dikenakan pada tempoh tersebut, syarikat yang berasal dari China ini telah hadir dengan pelan altenatif dengan memperkenalkan sistem operasi mereka tersendiri. Pelan sistem operasi mereka berjaya direalisasikan pada hari ini apabila Huawei telah melancarkan Harmony OS pada Huawei Developer Conference 2019.

Harmony-OS-Open-Source
Sumber: XDAdevelopers

Nama Harmony OS dipilih sebagai nama sistem operasi mereka bagi peringkat antarabangsa dimana nama sebelum ini dinamakan sebagai Hong Meng OS.

Uniknya mengenai Harmony OS adalah ianya dibina berasaskan kernel-mikro dimana sistem operasi ini mampu digunakan secara selari pada beberapa peranti berbeza merangkumi desktop, telefon pintar, jam tangan pintar serta tablet.

dims
Sumber: Engadget

Meskipun masih pada peringkat awal, Huawei turut mengesahkan sistem operasi yang diperkenalkan ini mampu beraksi dengan lebih pantas berbanding sistem operasi yang berada di pasaran pada ketika ini.

Harmony OS bakal ditawarkan secara open source dimana orang ramai mampu menggunakannya secara percuma sekaligus membina aplikasi untuknya dengan mudah.

Baca lagi: CEO Huawei Umum Hongmeng OS Lebih Pantas Berbanding macOS