Jika sekitar beberapa bulan dahulu Donald Trump mengumumkan sekatan terhadap syarikat Huawei diatas tuduhan meceroboh sekuriti Amerika Syarikat sekaligus menghalang syarikat ini untuk berniaga di negara tersebut, presiden ini pada minggu lalu telah menarik balik kenyataan tersebut sekaligus membenarkan Huawei untuk berurus niaga seperti biasa.

Berikutan keputusan terbaru yang diumumkan Donald Trump, Huawei secara tidak langsung tidak lagi tersekat daripada berurus niaga bersama Android, Intel, Google dan sebagainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan laporan, difahamkan Huawei perlu menunggu selama 90 hari sementara menatikan tempoh perlepasan sebelum menyertakan sistem operasi Huawei pada model terbaru.

Huawei-mate-x-9
Huawei Mate X. Sumber: Android Police

Penyertaan semula sistem operasi ini bukan sahaja bakal memberi keuntungan terhadap Google, malah turut memberi kesan terhadap Huawei dimana mereka bakal melancarkan telefon pintar penuh inovasi mereka tidak lama lagi iaitu Huawei Mate X.

Sumber