Baru-baru ini, HUAWEI melancarkan HUAWEI Siri P40 merangkumi P40 dan P40 Pro di Malaysia. Boleh didapati dalam warna Blush Gold, Frost Silver dan Deep Sea Blue, ia dijual pada harga bermula RM2,799 untuk P40 dan RM3,899 untuk P40 Pro.

Menurut HUAWEI, dua model flagship terbaru ini ditambah baik dari segi perkakasan kamera seperti 50x Super Zoom, HUAWEI Ultra Vision Sensor, low light photography dan HUAWEI AI Golden Snap untuk pengalaman mengambil gambar lebih memuaskan.

DSC_0847

Bukan sekadar itu, HUAWEI Siri P40 turut dilengkapi ciri baharu seperti HUAWEI MeeTime untuk kemudahan pengguna khususnya ketika menempuh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami tertarik untuk mencuba smartphone terbaru daripada HUAWEI iaitu HUAWEI P40 Pro 5G selama beberapa hari dan ini hasilnya.

Berseronok dengan ciri kamera HUAWEI Siri P40

DSC_0838

Memandangkan musim PKP memerlukan kami untuk #DudukRumah, dengan adanya HUAWEI Siri P40 di tangan, langsung tidak membosankan. Oleh kerana kami boleh dikatakan suka juga mengambil gambar, fungsi dan ciri kamera baru pada HUAWEI P40 Pro 5G memang mengagumkan!

IMG_20200424_165110 (1)

Mod Portrait pada HUAWEI P40 Pro 5G bukan saja membantu admin untuk mendapatkan kesan kabur yang sangat cantik di belakang, malah seakan-akan mengadakan sesi penggambaran studio. Ia turut membantu mengimbangkan warna dan kontras gambar. Mengagumkan!

Semuanya dengan ciri backlit portraits pada HUAWEI P40 Pro 5G. Ia membantu admin untuk mengambil gambar portraits yang halus dengan keupayaan targetted optimisation untuk senario backlit. Ia menyokong segmentasi objek yang tepat dan meningkatkan kecerahan yang disasarkan pada wajah subjek. Hebatkan?

Kata orang, tak semua kamera smartphone berupaya untuk mengambil gambar dalam keadaan yang kurang sumber cahaya. Namun, HUAWEI P40 Pro 5G membuktikan tiada yang mustahil dengan kecanggihan fotografi low-light mereka. Terang betul kan? Sedangkan gambar ini diambil dalam bilik admin yang gelap.

Satu lagi yang menjadi kebanggaan HUAWEI, mereka mendakwa keupayaan 50x zoom mereka mampu merakam gambar yang jelas. Tak dinafikan, memang betul apa yang mereka kata. Nombor telefon servis cleaner pada kereta jiran admin pun boleh nampak dari jauh dengan HUAWEI P40 Pro 5G selepas 50x zoom.

AI Golden Snap bantu rakam memori dengan rakan

best-moment

Sumber: AI Best Moment

Admin yakin ramai di antara anda habiskan banyak masa dekat rumah bersama rakan atau keluarga. Samalah macam admin pun yang duduk bersama kawan-kawan. Banyak masa kami habiskan bersama, tengok movie, main game, masak dan macam-macam lagi.

Memandangkan tempoh PKP ni sesuatu yang tak diduga, suka admin untuk rakam memori bersama rakan-rakan di rumah. Tambahan, dengan ciri AI Golden Snap seperti AI Best Moment, AI Remove Passerby dan AI Remove Reflection, gambar admin jadi lagi cantik dan tiada gangguan!

passerby2

Cuba anda lihat perbezaan gambar kiri dan kanan. Waktu admin mahu bergambar dalam rumahlah ada orang ganggu. Tapi, dengan kehebatan AI Remove Passerby, gangguan yang ada dalam gambar admin terus hilang. Hebatkan?

Berhubung dengan rakan yang jauh

DSC_0785

Selain rakan di rumah, admin juga ada ramai rakan di luar yang dah lama tak jumpa. Maklumlah, PKP pun sudah masuk fasa ke-3, masing-masing sudah tidak bersua muka sebab kena duduk di rumah. Tambah-tambah lagi rakan sekerja!

Tetapi, dengan adanya HUAWEI MeeTime pada HUAWEI P40 Pro 5G, admin boleh lihat muka mereka dengan jelas dan HD biarpun kekurangan sumber cahaya mahupun sambungan internet lemah. Panggilan video kami langsung tidak sekat-sekat!

Malah, HUAWEI P40 Pro 5G membenarkan perkongsian skrin dibuat biarpun ketika panggilan video. Jadi, kalau ada kawan admin berkongsi produk terbaik yang boleh dibeli ketika tempoh PKP, terus admin boleh cari di internet!

Hilangkan bosan dengan aplikasi di HUAWEI AppGallery

app

Ramai pengguna di media sosial mengadu bosan ketika tempoh PKP. Asyik-asyik tengok televisyen, makan dan tidur. Tapi, lain pula dengan admin seronok meneroka HUAWEI AppGallery yang mengandungi pelbagai aplikasi menarik boleh dimuat turun.

Rata-rata aplikasi yang ada dalam HUAWEI AppGallery merupakan kegemaran rakyat Malaysia seperti WeChat, Viu, iflix, JOOX, BIGO LIVE, Shopee dan macam-macam lagi! Jangan risau dengan isu keselamatan kerana HUAWEI AppGallery dilindungi oleh 4 lapisan keselamatan tahu!

quickapps

Kalau admin tidak mahu install aplikasi terus ke dalam HUAWEI P40 Pro 5G untuk jimat storan, admin boleh guna aplikasi tanpa install dengan Quick Apps. Memang best! Lebih 1,000 aplikasi boleh dipilih untuk Quick Apps, jadi anda pilihlah sendiri nanti.

InShot_20200424_132109020

Bukan itu saja, HUAWEI juga menawarkan pelbagai manfaat menarik bila jadi pengguna HUAWEI. Admin dapat 50GB storan HUAWEI Cloud untuk setahun, jadi macam-macam bahan kerja dan peribadi admin boleh simpan!

video

HUAWEI juga turut menawarkan akses premium untuk HUAWEI Video selama 3 bulan sepanjang tempoh PKP. Seronok betul admin layan TVB, rancangan dan filem menarik yang popular di sana. Inilah ‘Me-Time’ admin!

Selain itu, HUAWEI Member Center turut membolehkan admin menebus ganjaran bernilai lebih RM2,381. Ini termasuklah Malaysia Airlines, Godiva, Samsonite, Puma dan First Premium Lounge. Banyak tu!

Kongsi skrin dengan HUAWEI Share

HUAWEI Share membolehkan anda berkongsi skrin terus dari smartphone HUAWEI Siri P40 ke HUAWEI MatePad Pro. Jadi, anda boleh akses fungsi smartphone terus dari skrin MatePad Pro. Hebat kan? Oleh kerana admin tiada peranti MatePad Pro, kena tambah koleksilah maknanya kan?

Dapatkan HUAWEI Siri P40 hari ini!

DSC_0817

Menarikkan apa yang HUAWEI tawarkan untuk HUAWEI Siri P40? Selepas cuba menggunakan HUAWEI P40 Pro 5G selama beberapa hari, admin setuju yang smartphone ini antara yang terbaik dari segi fotografi dan connectivity. Tunggu apa lagi? Jom dapatkannya hari ini!

Admin share sedikit info menarik. Jika anda dapatkan HUAWEI Siri P40 hari ini, anda boleh dapat pelbagai hadiah percuma mengikut model smartphone yang dibeli seperti:-

P40 Pro: Wireless Car SuperCharge, storan Cloud 50GB (sah untuk 12 bulan), 1 tahun waranti tambahan dan 1 bulan perlindungan skrin.
P40: Wireless Charging Case, storan Cloud 50GB (sah untuk 12 bulan),1 tahun waranti tambahan dan 1 bulan perlindungan skrin.

Dapatkan HUAWEI Siri P40 hari ini di kedai online HUAWEI dan terus #DudukRumah okay!

Bersempena dengan musim PKP yang sedang berlangsung, hiburkan hari-hari anda dengan HUAWEI AppGallery yang menawarkan seleksi aplikasi yang menarik. Ketahui juga mengapa ketiadaan Google bukan lagi masalah buat HUAWEI.

Hiburkan Hari-Hari Anda Ketika PKP Dengan HUAWEI AppGallery. Memang Terbaik!

Tiada Masalah Tanpa Google, HUAWEI Perkenal App Gallery Dengan Fungsi Lebih Menarik!

Mudah Dan Pantas, Ini 5 Sebab Huawei MatePad Pro Berbaloi Untuk Dimiliki