Sejak kerjasama diantara Huawei dan Leica dijalinkan, telefon pintar daripada Huawei semakin mendapat tempat dihati pengguna. Bermula dengan Huawei P9 dengan pengenlan dwi-kamera yang membolehkan pengguna mendapatkan efek bokeh sehinggalah kepada model terbaru mereka iaitu Huawei Mate 20 Pro.

Jika sebelum ini, takhta DxOMark selaku platform pengukur kehebatan kualiti kamera sesebuah telefon pintar dipegang oleh P20 Pro, kini takhta ini telahpun dipegang oleh Mate 20 Pro. Pengekalan jenama yang sama ini sekaligus membuktikan kualiti kamera daripada Huawei lebih baik berbanding beberapa jenama lain seperti Apple, Samsung dan Google.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mate-20-pro-header

Walaubagaimanapun, pada kali ini Huawei sekali lagi membuatkan orang sangsi terhadap jenama mereka setelah memihak untuk tidak mengumumkan markah DxOMark mereka buat Mate 20 Pro. Lebih ironi dikatakan keputusan untuk tidak mengumumkan markah DxOMark dibuat kerana Mate 20 Pro peroleh markah yang terlalu tinggi.

Menurut sebuah sumber lagi, difahamkan markah DxOMark yang tertiris buat Huawei Mate 20 Pro adalah 119. Sekiranya benar, model ini bukan sahaja berjaya menjadi telefon pintar dengan markah kualiti kamera tertinggi malah jauh meninggalkan beberapa pencabar termasuk Huawei P20 Pro selaku pencabar terdekat.

huawei-mate-20-pro-0041

Berdasarkan percubaan beberapa reviewer, ramai yang akur akan kehebatan Huawei Mate 20 Pro khususnya daripada bahagian kamera. Model ini menyertakan tiga kamera pada bahagian belakang meliputi kamera 40-Megapixel, 20-Megapixel dan 8-Megapixel dengan lensa lebar dan telephoto.  Tidak hairanlah, model ini semakin digilai ramai termasuk pada jurugambar.

Baca lagi: Huawei ‘Kantoi’ Paparkan Hasil DSLR Dalam Iklan Swafoto Telefon Pintar

Sumber