Jika sebelum ini Huawei telah diboikot oleh Google, Android dan pembuat cip ARM, kini syarikat ini turut menerima nasib yang sama oleh ‘SD Association’.

Untuk pengetahuan,  SD Association merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab memegang tanda dagang bagi memori kad SD dan microSD. Dalam erti kata lain, telefon pintar atau laptop terbaru keluaran Huawei tidak lagi dibenarkan mempunyai slot atau menggunakan memori kad microSD.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mediapad-m3-lite-10-microsd (1)

Larangan menggunakan memori kad microSD ini cuma dikenakan buat model terbaru Huawei manakala model sedia ada masih boleh digunakan seperti biasa.

Dalam masa yang sama dilaporkan Huawei sudahpun mempunyai pelan altenatif dimana mereka telahpun membangunkan teknologi memori kad tersendiri yang dinamakan sebagai NM sepertimana yang digunakan pada Huawei Mate 20.

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana Huawei mahu bangkit semula selepas diboikot oleh syarikat-syarikat besar ini. Terbaru, telah disahkan bahawa Hong Meng OS bakal menjadi sistem operasi Huawei menggantikan Android.

Baca lagi: Huawei Hilang Akses Menggunakan Android Dan Google Serta-Merta

Sumber