Hari ini merupakan hari pelancaraan iPhone XS dan XS di beberapa negara terpilih dan salah satunya di Singapura. Bersempena dengan pelancaraan itu pengguna Apple telah beratur semenjak semalam untuk menbelinya iPhone terbaru itu.

Kali ini, jenama Huawei tidak melepaskan peluang untuk menyertai kehangatan keluaran terbaru iPhone XS ini dengan menberikan powerbank percuma kepada sesiapa yang beratur di sana. Pemberian ini bermula pada semalam dengan sebanyak 200 buah powerbank yang berharga SGD 80 (RM242) pada malam tadi.

iPhone XS hadir dengan bateri bersaiz 2,658mAh manakala iPhone XS Max pula bersaiz 3,174mAh. Sebagai perbandingan, telefon pintar flagship Huawei P20 Pro bersaiz 4,000mAh.

Pemberian powerbank ini merupakan simbolik terhadap pengguna Apple yang selalu membawa powerbank ke mana sahaja disebabkan peranti telefon itu mempunyai kapasiti bateri yang begitu rendah. Ini salah satu pemasaran paling hebat yang pernah dilakukan oleh jenama Huawei ini.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!